Followers

Friday, October 5, 2012

Sultan Perak Atau Kerabat? (Part 8) oleh: Ku Syah


Kemangkatan DiRaja (tak ingat siapa) 1958…

Pernah aku ditanya oleh orang tua guruku, “Siapa memerintah dan siapa diperintah…?” Aku menjawap dengn konfiden, “Raja yang memerintah, rakyat yang di perintah”… Guruku terus tegur, “Isyh, tak bila nyer… 

Yang memerintah itu Allah, yang di perintah itu khalifah Nya, maka jalankanlah perintahNya dengan benar dan tegas… Haram tetap haram, dan jangan haramkan yang halal”… Kata itu masih terukir didalam jiwa ku…

Gambar hiasan
Raja ibarat seorang ayah dan rakyat adalah anak-anaknya.
Seorang pemerintah, walaupon berketurunan Raja tetap hambaNya, dan dengan itu jalankanlah perintahNya dengan adil dan saksama… 

Pemerintahan yang adil dan saksama, penuh berKASIH SAYANG akan membawa kemakmuran sesuatu pemerintahan dan justeru kepada rakyat… 

Tapi, sepertimana yang di tegur oleh Pak Habib tempoh hari, manusia kini tidak lagi berkasih sayang, kebanyakan hanya mementingkan diri dan poket sendiri… 

Tidak lagi mahu bersedekah dengan ikhlas, tetapi bila memberi mahukan Press Release yang besar terpapar di akhbar2…

Gambar hiasan
Kalau didunia ini mungkin kita boleh menipu rakyat dari mana datangnya sumber wang yang banyak ini tetapi bagaimana harus kita jawab depan tuhan di padang masyhar nanti?
Ingin aku, selaku ahli keluarga Raja2 negeri Perak membuat teguran di sini… Macam yang telah aku ceritakan, perlunya seorang Sultan bersikap kasih-sayang dengan rakyatnya… Tanpa rakyat dimanakah daulah nya…? 

Sultan ini adalah bagaikan bapa kepada seluruah rakyat negeri, tempat mengandu domba, tempat akhir rayuan tentang segala yang harus diberi perhatian… dan Sultan sepatutnya akan menegur pegawai2nya supaya membetulkan yang keruh… 

Tetapi jika Sultan pon terlibat didalam urusan bisnes dan ada kepentingan diri, bukan kah ini dikatakan “Conflict of Interests”…
Gambar hiasan
Setiap rakyat dibawah pemerintahan kita akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak. Bak kata al-Fudyal, kepada Amirulmukminin Harun al-Rashid, “sekiranya rakyat berpaut pada jubah kamu ketika menyeberangi Sirratul-Mustaqueem, takkan kamu lepas melain kamu telah di hitung Allah”…
 
Sultan harus memberi ‘leadership’ dan aratuju bagi pembangunan negeri… menjanakan ekonomi dengan menarik pelaburan luar negeri supaya melabur dinegeri masing2… 

Mereka selalu keluar negara, takkan cuti jer, enjoi jer…? 

Mesti ada perkenalan dengan tokoh2 bisnes juga, kan…? 

Mengapa tidak membawa tokoh2 ini melabur dinegeri sendiri…? 

Mengapa mesti bersaing dengan hamba rakyat didalam bidang bisnes kecil-kecil…? 

Mengapa mesti mengambil tanah negeri dan menyuruh negeri memberi pampasan kepada mereka yang tanah kene diambil…? 

Mengapa tidak menjanakan satu dana khas untuk pembangunan negeri dimana rakyat buleh diberi pampasan mengikut taraf pasaran (market value)…?
Sekiranya dengan kehandak Allah aku ditakdir menyandang keSultanan Negeri Perak, akan aku perbetulkan segala adat2 lama sepanjang Sg Perak, dan kembalikan kedaulatan syiar Islam… justeru menjanakan dan membangunkan ekonomi Negeri Perak demi kesejahteraan rakyat bersama rakyat.
Apabila negeri sendiri kaya dan dinamik, rakyat menjadi kaya dan negeri akan menjadi aman damai… rakyat akan sibuk membuat duit, takde masa untuk hanya berpolitik… dan juga akan menyatukan segala kaum dan bangsa… 

Ini yang aku amat heran, tiada ker tokoh ekonomi yang menasihatkan Sultan..? Ataupon Sultan tak berminat untuk ambil peduli pada rakyat, terutama dibidang ekonomi…

 Rakyat Perak tahu siapa yang benar siapa yang palsu. Biarlah PRU13 yang menentukan…
Dia jer yang nak kaya, nak jadi super-kaya… sebab tak buleh melihat tokoh bisnes itu lebih pada diri nya… kalau tokoh itu ada Lamboirghini, Sultan pulak nak Bugatti Veyron… Nak melawan2 dengan billionaire2 yang lain… Justeru mengunakan kuasa untuk kepentingan diri… 

Bukankah ini melanggar etika…? Sultan sepatutnya membela rakyat, BUKAN menindas rakyat… Selaku ketua agama, mereka sepatutnya lebih arif tentang hal2 ini…
Benar kata Pak Habib, “Sharing, Caring, Loving, Forgiving & (terlupa lagi satu)” sudah tidak ada lagi pada diri setiap insan sekarang.
Aku amat sedih… apabila aku balik Perak seketika, banyak rakyat dikampung yang mengadu, “Engku, kami dah tak mandang Raja… Raja tak peghonah menjenguk ke tempat kami (di Hilir Sg Perak), dah tak kenei sape Raja kemer.. Haghapkan tengok TV jer la”…

 Gambar hiasan
Anak-anak ini akan baca sejarah bila kita tiada nanti.  Harimau mati tinggalkan belang, manusia mati meniggalkan jasa…
Dan aku tanya kawan2 di Perak, apabila sembahyang Jumaat, komer tadah tangan ke mendoa untuk Raja… 

Mereka kata “idak ler yeop, buat mende… Dia pon tak peghonah nak menjenguk”…. Ini bukan aku yang mengata atau nak mengaibkan Raja aku, tapi adalah satu teguran agar jangan jatuhkan daulat diri… Rakyat kini bukan bodoh… 

Kini dengan media internet kata2 itu sebar dengan secepat mungkin, tak sempat nak tegur atau tepis…

Gambar hiasan
Hanya 3 helai kain putih dibawa masuk kedalam tanah, jasad pon di tinggal jua.
Maka beringat ler… bila mati, siapa yang usung jenazah kita…? Tokoh2 koporat ker…? Ahli politikus ker…? 

Takder nyer… rakyat biasa juger yang akan menguruskan segala kebumian… Maka beringatlah wahai sedara ku… 

Datangnya ke dunia ini dari sekepul mani yang menjadi sekepul darah, kemudian diberi sifat2 dan dikeluarkan Insan… dan pulang kamu kembali ke tanah, tanpa membawa apa2 melainkan amalan dan amal jariah kamu… Tak besor mana pon…
 Gambar hiasan

Bukan politikus atau tokoh koporat tapi katak keredek yang angkat jenazah..
Ingat… ingat… takde yang kaya nak mengendalikan kita wahai sedara2 ku berdarah bangsawan
Setelah tujuh langkah, kamu akan dihitung didalam kubur, tanpa kekebalan,  kuasa dan kekayaan, semua ditinggalkan melainkan kamu bersendirian tanpa sesiapa dan berjawaplah kamu ke hadratNya


lawati: http://uncleseekers-v2.blogspot.com/


***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/10/04/sultan-perak-atau-kerabat-part-8/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.