Dibawak khas dari restoran Hadramawt,Jalan Ampang siap dengan pelayannya sekali. Malahan tuan punya restoran, Encik Yasir pun ada! Anak angkat Pak Habib rupanya.
Sedap! Ayam dan kambing panggang menu utama. Jangan tak tau, di restoran inilah Maher Zain pernah datang menjamu selera semasa dia membuat show. Kami makan berselerak.
Ada yang duduk di meja makan,ada yang duduk di pondok-pondok tapi aku dan sorang kawan memilih tepi sungai! Sambil makan kami menikmati pemandangan yang sangat menyejukkan mata.
Orang datang bersilih ganti. Yang berpakaian kemas ada. Yang berjubah ada. Yang hanya berseluar jeans dan ber-T shirt pun ada. Mata aku liar memerhati sekeliling. Maklum saja itu kali pertama aku ke situ. Luas tempat ni kira-kira 7 ekar.
Pohonan hijau dan bunga-bungaan melatari Wadi Hussien. Alam flora ternyata sangat mendamaikan jiwa dan minda. Dua puluh tahun lamanya Pak Habib membangun wadi ini tanpa bantuan mana-mana arkitek!
Selepas menjamu selera, Uncle Seekers,anak Pak Habib menunjukkan di mana aku dan geng Hawa menginap malam tu. Tu dia! Kami mendaki. Di depan aku tersergam sebuah rumah di lereng bukit. Ada dua tingkat. Aku booking yang atas sekali.
Takde kipas angin takde air-conditioner! Bila aku merasa air dalam kamar mandi, menggigil jugak dibuatnya. Sejuk beb!
Dalam tu boleh muat 7 orang,sedang molek! Aku dan kawan-kawan membayar hutang dulu pada Yang Kuasa. Selesai solat jamak takdim zohor& asar, kami turun semula ke balai.
Di sana dah ramai geng MP yang sampai sebab kami datang tak sama. Blogger-blogger? Ada yang aku kenal tapi ramai yang tak. Tunggu sesi taaruf nanti laa..
Pak Habib sibuk. Sibuk melayan tetamu-tetamu yang tiba. Uncle Seekers pun serupa. Mata aku memerhatikan orang-orang yang baru sampai. Depa bukanlah dari kumpulan kami yang memang mendapat undangan dari tuan punya wadi.
Kami dah memenuhi ruang balai tempat yang selalunya Pak Habib memberi motivasi @ kursus pada “murid-muridnya.”
Setelah sorang dari wakil Media Perak membuka bicara,Uncle Seekers mengambil tempat tapi sekejap je. Dia kemudiannya menyerahkan majlis kepada ayahandanya,Pak Habib. Pak Habib mempersilakan seseorang naik duduk bersamanya di depan kami. Helo…korang ingat baik-baik ya?
Masa dia sedang “bercakap” di depan kita,sila fokus. Off semua handset kamu! Kecuali kamera atau video-cam. Jangan sekali-kali kamu berbual walau pun dalam nada berbisik di depannya atau “kamu boleh blah,pegi main jauh-jauh.” Aku cakap serius beb!
Sorang laki-laki tampan berjubah putih, berserban di kepala dan sehelai lagi diletak di bahunya, duduk di sebelah Pak Habib.Wajahnya tenang sejuk mata memandang. Sorang lagi ,aku kira kawannya turut sama naik duduk di depan kami.
Pak Habib memperkenalkannya kepada kami.
“Rezeki kamu semua nak jumpa dia. Bukan dirancang tapi Allah yang merancang.Setiap kali dia datang ke Malaysia,dia mesti cari saya di sini.” Pak Habib memberi laluan kepada “orang” itu untuk berbicara sepatah dua kata!
Habib Riziq bin Yahya sangat berbesar hati dapat jumpa kami di Wadi Hussien. Aku rasa dia baru tiba dari Jakarta. Sorang ulama muda juga sorang blogger! Kata Pak Habib pengikutnya saja di Indonesia kira-kira 9 juta.
Beliau memulai bicara dengan lontaran suara yang aku cukup suka. Bahasa Indonesianya sudah longgar tak seperti pelakon sinetron dalam cerita Indon.
Dia membawa kisah tentang Luqmanul Hakim,anaknya dan seekor keldai. Kisah ni aku dah hadam tapi aku tetap menadah telinga. Supaya cerita itu sentiasa akan aku ingat. Kemudian kisah Sayyidina Ali yang bertarung dengan sorang musuh.
Awalnya Ali mau membunuh musuh itu semata kerana Allah tapi apabila mukanya diludahi kerana senjata musuh sudah terlepas dari genggamannya, Ali merasa sangat marah!
Begitu Ali merasakan bahawa dia sudah bertukar niat! Niatnya Lillahi Taala sudah hilang. Terus dia membatalkan hasratnya itu. Bila ditanya oleh musuhnya kenapa? Lantas Ali menjelaskan sehingga si musuh terdiam,kagum dengan tindakan Ali! ” Aku mau membunuhmu kerana Allah bukan kerana rasa marahku.” Dia terus memeluk Islam!
Kisah seterusnya masih lagi mengenai Sayyidina Ali dengan baju besinya yang hilang. Ternyata Islam itu sangat adil. Seusai keputusan, si Yahudi juga memeluk Islam kerana sangat tersentuh dengan cara pengadilan.
Sangkanya dia pasti kalah walhal memang benar baju besi itu milik Ali! Tapi oleh kerana Ali gagal mendatangkan saksinya yang adil, Ali kalah dalam kes itu walau dia sorang khalifah! Fikir si Yahudi tentu saja hakim yang dilantik oleh Ali itu akan memihak kepada Ali!
* Kalian para blogger sekelian bicaralah apa saja asal JANGAN melanggar perintah dan syariat .
* Semuanya kembali kepada niat! Demi untuk menyampaikan suara rakyat, menegakkan kebenaran dan mencari redho Allah.
* Kalian (blogger) adalah golongan yang mampu melakukan sesuatu yang tak mampu dilakukan oleh Tuan-tuan Guru,Ulama dsbnya di luar sana.
* Untuk membela orang yang dizalimi dan tertekan.
BELALAH YANG BENAR DENGAN CARA YANG BENAR
BELALAH YANG HAK DENGAN CARA YANG HAK
TEGAKKAN KEADILAN DENGAN KEADILAN HATTA TERHADAP MUSUH!
Supaya rasa cinta dan benci itu biarlah semata-mata kerana Allah. Seperti kiasnya kisah Luqmanul Hakim itu,menentang arus bukanlah satu perkara yang mudah. Ianya berat dan mengundang risiko. Namun di sebalik semua itu pasti ada manisnya demi mendapat keredhaan Ilahi.
Jika Habib Riziq mau melanjutkan bicaranya aku masih setia mendengar. Tapi dia terpaksa bergegas ke satu tempat.
Setelah bersalaman dengan Pak Habib, Pak Habib kembali menguasai pentas! Helo bro..kan dah kena sound lagi dengan
“Saya mau ada flow yang baik antara kita. Sebab kita semua cuma ada 1 hati. Jauh-jauh korang datang nak jumpa Syed Hussien Al Attas, ni la sorang dalam Malaysia, lepas tu korang tak fokus..sapa-sapa nak keluar dari kumpulan ni ,tak nak dengar apa saya cakap, saya tak kisah.”
Sapa tu yang berani lagi on handset dan buat miting dalam miting? He he he….
***Sumber Berita Dari: http://mediaperak.com/2012/10
PS - Muat foto semasa hari perpisahan Zar Ali dengan Pak Habib (S.H. ALTTAS).
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.