Saudara Pengarang,
SATU
sejarah dunia telah tercatat minggu lalu (sebelum anugerah kelmarin)
iaitu penganugerahan serentak untuk Tiga Naib Presiden UMNO, pingat
paling tinggi dan dihormati iaitu Seri Panglima Gemilang Darjah Kinabalu
(S.P.G.D.K).
Belum pernah
mana-mana kerajaan negeri di Malaysia yang sebegitu pemurah
menganugerahkan pingat tertinggi serentak kepada tiga pemimpin sebuah
parti politik, lebih-lebih lagi kerajaan negeri Sabah di bawah teraju
UMNO.
Rakyat
Sabah tertanya-tanya apakah jasa besar ketiga-tiga Naib Presiden UMNO
ini sehingga layak menerima pingat tertinggi Sabah sedangkan selama
perkhidmatan mereka mendatangkan banyak masalah kepada Sabah terutama
jawatan yang mereka sandang dalam Kabinet Malaysia.
Agak
melucukan bagi sebuah negara yang Suruhanjaya Pencegah Rasuahnya tidak
langsung menganggap penganugerahan pingat kebesaran negeri kepada pihak
yang berkepentingan sebagai salahguna kuasa sehingga Pegawai Kanan SPRM
sendiri turut menerima pingat; walaupun bukan rahsia lagi SPRM sedang
menjalankan siasatan terhadap pemimpin kerajaan Sabah.
Sebelum
ini, Mantan Pengarah SPRM Sabah, Datuk Latifah Md Yatim dan beberapa
Pesuruhjaya SPRM menerima Pingat Kebesaran Negeri Sabah tanpa segan silu
sehingga rakyat Sabah yang sebelum ini digembar-gemburkan dengan
siasatan SPRM, tiba-tiba terkejut kerana siasatan diberhentikan tanpa
sebab.
Tindakan
pemurah Kerajaan Negeri Sabah ini semakin ketara apabila Ketua Pemuda
UMNO Sabah, Awang Kadin Tang yang dikaitkan dengan Skandal Sarang Burung
di Gomantong sejumlah RM7 juta turut menerima pingat P.G.D.K yang
membawa gelaran 'Datuk'.
Oleh
itu tidak hairan jika Mantan Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh
mengembalikan semula pingat kebesaran yang beliau terima di era PBS
kerana kecewa dengan senario yang berlaku.
Kerajaan
Sabah patut mengikuti contoh penganugerahan pingat negeri Sarawak dan
Pulau Pinang yang terlalu ketat menganugerahkan pingat kepada bakal
penerima sehingga Ketua Menteri Pulau Pinang pun belum menerima pingat
'Datuk' kerana kata Lima Guang Eng, pingat negeri hanya khas untuk
mereka yang berjasa kepada negara seperti Datuk Lee Chong Wei.
Tidak
seperti pingat kebesaran Sabah diberikan kepada 'lanun' dari Labuan,
malah isteri TYT yang langsung tidak menyumbang jasa kepada negeri ini
kerana belum setahun jagung bersinggah sana di Istana Negeri.
Apakah
ini tanda-tanda Kerajaan Negeri Sabah akan jatuh pada PRU-13 sehingga
berebut-rebut mendapatkan pangkat termasuk isteri TYT?
Salam Hormat,
MOHD DANIAL ADULLAH
Sabahkini
|
Followers
Sunday, October 7, 2012
PINGAT KEBESARAN SABAH SEMAKIN MURAH?
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.