KUALA LUMPUR 13 Oktober: Peguam mewakili Suaram, William Bourdon dan
Joseph Breham akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada Ahli
Parlimen berhubung perbicaraan kes rasuah Scorpene di Perancis.Pengarah
Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel berkata, kedua-duanya telah memohon
visa dan akan hadir sebelum sidang parlimen berakhir, November ini.
“Kita
sedang merancang tarikh sesuai untuk bawa mereka beri penerangan di
Parlimen. Mungkin dalam bulan November. Visa kedua-dua peguam untuk ke
Malaysia telah dimohon minggu lalu.
Kita akan bawa mereka masuk secara sah untuk beri penerangan kepada Ahli
Parlimen Malaysia dan sekarang sedang cari tarikh sesuai,” ujar
Cynthia.
“Kalau boleh kita tak nak buat penerangan di Singapura. Itu
hanya pilihan terakhir,” katanya kepada keadilan dailyMenurut Cynthia,
kerajaan tiada alasan untuk menghalang peguam berkenan masuk ke Malaysia
sepertimana berlaku terhadap Wiliam Bourdon, Julai tahun lalu.
“Wisma Putra dan Jabatan Imigresen sebelum ini guna alasan William salah
guna Pas lawatan. Jadi kali ini kita mohon secara betul mengikut
prosedur.
“Kita bawa masuk mereka kali ini secara sah dan harap kerajaan
beri kerjasama. Wisma Putra tak perlu beri alasan untuk halang peguam
jumpa klien (Suaram),” tegas Cynthia.
Awal bulan ini, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyerahkan surat kepada peguam
berkenaan di Paris bagi menjemput mereka hadir memberi taklimat
berhubung kes Scorpene di Parlimen Malaysia sebelum sidang berakhir 22
November depan.Bagaimanapun, ketua pembangkang itu menjangkakan sesi
berkenaan akan diadakan di Singapura, ekoran halangan dari kerajaan
Malaysia. ~kd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.