Nampaknya, media pencacai Umno nombor satu ini tak habis-habis buat hal tak kira masa, tak kira siapa!
Buktinya, Pengerusi Institut Akhbar Malaysia, Chamil Wariya dan Utusan Malaysia terpaksa memohon maaf kepada Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok Suh Sim kerana fitnah yang disiarkan dalam artikel bertajuk 'Politik Baru YBJ' yang diterbitkan oleh edisi hujung minggu akhbar harian milik Umno itu pada 12 Oktober 2008.
Peguam Zalil Mohd Mess - dalam kenyataan pemohonan maaf yang dibacakan di Mahkamah Tinggi hari ini - berkata artikel itu telah diubah oleh edisi hujung minggu Utusan Malaysia - Mingguan Malaysia - tanpa persetujuan Chamil.
Penyelesaian itu direkodkan di hadapan Hakim Abdul Hamid Sultan Backer.
Peguam Sankara Nair yang mewakili Teresa memberitahu mahkamah bahawa ahli parlimen DAP itu tidak menuntut sebarang bayaran kos daripada Chamil.
Katanya, Utusan Malaysia perlu membayar RM50,000 kos sebagai sebahagian daripada penyelesaian tersebut dan penerbit bersetuju untuk menyiarkan permohonan maaf itu dalam Mingguan Malaysia.
PETIKAN ARTIKEL "POLITIK BARU YB J" - 12 OKTOBER 2008
PAGI itu resah
YB Josephine, yang lebih mesra dengan panggilan YB J sukar dikawal.
Sepanjang perjalanan menuju ke Dewan Perhimpunan Warga Cha di ibu kota,
fikirannya terganggu. Tuduhan bahawa dia anti-Islam dan anti-Melayu
sungguh-sungguh menghantui perasaannya sejak malam tadi lagi.
Entah
mengapa baru sekarang dia begitu, dia sendiri tidak tahu. Dia juga tidak
pasti sama ada pemandunya, Ahmad, menyedari gelora jiwanya ketika itu.
Kalau dia tahu pun, peduli apa, YB Josephine berbisik sendirian.
Pemandu itu
memang sedia maklum pendirian politiknya tentang kepentingan kaumnya vis
a vis orang Melayu. Dan dia tahu Ahmad menghormati pendiriannya,
walaupun dilihat anti- Melayu, anti-Islam sebagai hak asasi tinggal
dalam sebuah negara demokrasi.
Bukankah kebebasan asasi itu dijamin oleh
Perkara 5 hingga Perkara 13 Perlembagaan Persekutuan. Tetapi YB J akui
demokrasi ada yang tidak sempurna dan kerap disalahgunakan oleh pihak
yang berkuasa. Tetapi hakikat itu tidak menghalang rakyat menempatkan
pembangkang di Dewan Rakyat. YB Josephine adalah salah seorang
daripadanya.
Ah, tudahan dia
anti-Islam, anti-Melayu tuduhan yang melulu bentak YB J seolah-olah mahu
menyedapkan dirinya.. Ia juga tuduhan yang tidak berasas, hati kecilnya
bersuara lagi. Dia meyakinkan dirinya bahawa kenyataankenyataan yang
dibuatnya atas nama pelbagai kaum untuk memperjuangkan kepentingan
kaumnya, bukan sesuatu yang rasis. Amensty International, organisasi hak
asasi antarabangsa akan menyetujuinya. Begitu juga dengan Bangsa-Bangsa
Bersatu. Ketua Pembangkang, di Parlimen pun tidak pernah menganggapnya
rasis. Yang menganggapnya rasis hanya orang Melayu di dalam Parti Orang
Melayu (POM).
“Aku juga bukan
anti-Islam. Aku bukan anti Melayu,” pujuk hati YB J yang sudah dua
penggal bergelar YB itu, mewakili Parti Bertindak Rakyat. Parti itu
dianggotainya sejak berada di kampus lagi, walaupun Akta Universiti dan
Kolej Universiti melarang para siswa membabitkan diri secara langsung
dalam mana-mana organisasi siasah. Lagi pun penguatkuasaan undang-undang
itu sekadar melepas batuk di tangga. Lebih dari itu, ia adalah satu
lagi undang-undang lapuk, kata YB J.
Kata hatinya
lagi: “Aku sekadar memperjuangkan kepentingan kaum aku, sama seperti
pemimpin Melayu dalam POM memperjuangkan kepentingan bangsanya, sama
seperti pemimpin Parti Orang Islam (POI) berjuang untuk bangsa
menggunakan wajah Islamnya.”
Malah YB J
berasakan kelantangannya memperjuangkan kepentingan kaumnya itulah yang
telah membantunya menang kali kedua kerusi Parlimennya. Kali ini dengan
majoriti yang lebih besar lagi. Apa yang membanggakan dia adalah
perjuangan yang dianggap anti-Melayu dan anti-Islam itu kini turut
disokong pengundi-pengundi Melayu di kawasan pilihan rayanya itu.
Pada
mulanya dia sendiri terkejut apabila dimaklumkan sebahagian besar
pengundi Melayu yang merupakan 20 peratus keseluruhan pemilihan
berdaftar dalam kawasan Parlimen Alam Maya telah memangkahnya.
Ini satu
perkembangan luar biasa. Tidak mungkin mereka menyokong aku, bisik
hatinya. Tetapi apabila dimaklumkan oleh para pekerja parti bahawa
pengundi Melayu di semua peti undi telah beralih arah mendokongnya, dia
menerimanya dengan fikiran terbuka. Baguslah kalau orang Melayu menerima
perjuangan Malaysia Barunya.
Tidak puas hati
bermonolog dengan perasaannya, YB J secara spontan berpaling kepada
Ahmad, pemandunya yang sejak tadi tekun dengan tugasnya.
“Kamu fakir saya anti-Islam, anti-Melayu?”
Jalan Pulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.