Gempar! DJ stesen radio best 104 nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar
Seorang penyampai (DJ) di stesen radio Best 104 Julie Diana di sini nyaris menjadi mangsa culik, bunuh dan bakar selepas dilarikan lebih sepuluh lelaki tidak dikenali dalam kejadian jam 1 pagi, Sabtu lalu.Menceritakan detik-detik cemas dilaluinya, Julie Diana Omar Shariff, 34, berkata, selepas tamat bekerja pada hari itu, dia terus memandu kereta menuju ke rumah ibunya di Kampung Sungai Danga, di sini.
“Saya memandu seperti biasa di Lebuhraya Persisir Pantai dan terkejut apabila tiba-tiba datang sebuah kereta jenis Proton Iswara berwarna merah terus menuju ke depan menghalang Proton Neo yang saya naiki.
“Seorang lelaki keluar daripada kereta tersebut, sebelum kereta saya dihimpit pula di sebelah tepi oleh sebuah Kereta Wira yang juga datang secara tiba-tiba,” katanya membuka cerita.
Menurut Julie Diana, segala-galanya berlaku begitu pantas sehingga dia tergamam dan tidak mampu berbuat apa-apa.
“Salah seorang daripada lelaki tersebut membuka pintu kereta lalu mengacukan pisau Rambo ke leher saya. Dia menarik saya keluar dan memaksa menaiki keretanya.
“Sebaik sahaja saya masuk, muka saya segera diserkup dengan kain dan tangan pula diikat,” katanya kepada wartawan sewaktu ditemui di rumah keluarganya, di sini.
Diculik kerana cinta tak berbalas
Julie Diana berkata, apabila bertanya mengapa dia diperlakukan sebegitu rupa, salah seorang daripada penjenayah itu memberitahu mereka datang dari jauh selepas diarahkan seseorang untuk menculik kemudian membunuh dan membakarnya kerana cinta tidak berbalas.
“Kepala saya ligat memikirkan siapa yang dimaksudkan kerana saya memang tak ada langsung masalah percintaan, sekadar ramai peminat. Itupun kerana tugas saya sebagai penyampai radio,” katanya yang menganggarkan ada dua atau tiga lelaki turut sama berada dalam kenderaan berkenaan.
Tambah Julie Diana, menerusi walkie-talkie yang digunakan penjenayah tersebut, dia terdengar rancangan mereka untuk membawanya ke sebuah gudang di Batu Pahat untuk dibunuh.
“Berderau darah saya mendengarnya. Apatah lagi untuk membuktikan tindakan mereka serius, ibu jari dan leher saya dihiris dengan pisau Rambo sehingga luka sebagai tanda amaran,” katanya.
Menurutnya, selepas beberapa ketika, mereka berhenti di satu tempat.
“Kebetulan kain yang menutupi muka saya tersingkap sedikit, dan dari situ saya dapat lihat kami berada di kawasan tanah perkuburan Cina. Ada ramai lelaki di situ dengan bunyi kenderaan yang banyak. Saya rasa mungkin lebih daripada sepuluh lelaki. Salah seorang daripada mereka kemudiannya meminta saya menyerahkan wang, barang kemas dan kad ATM bersama nombor pin,” katanya yang terus menyerahkan apa yang diminta tanpa banyak soal.
Penjenayah bagi duit RM51 untuk isi minyak
Julie Diana berkata, menyedari kawasan itu dilalui banyak kenderaan, mereka kemudian berbincang dan mengubah rancangan.
“Saya kemudian disuruh menaiki kereta saya sendiri bersama empat lelaki lain dan dibawa ke sebuah kawasan ladang berhampiran Bukit Batu, Kulaijaya. Dalam hati ketika itu, hanya ALLAH yang tahu betapa takutnya saya kerana merasakan waktu kematian hampir tiba,” ceritanya dengan tenang.
Bagaimanapun Julie Diana bernasib baik apabila sampai di lokasi dimaksudkan, keempat-empat penjenayah itu memberitahu yang mereka tidak sampai hati pula untuk membunuhnya.
“Mereka buka ikatan tangan saya, tetapi masih membiarkan muka tertutup. Mereka beritahu saya, ‘Kak, bila kami tinggalkan akak kat sini, akak tolong larikan diri, ya’,
“Mereka beri saya duit sebanyak RM51 untuk isi petrol minyak, lesen memandu dan sebotol air mineral dan terus larikan diri dengan menaiki sebuah kereta lain yang mengekori dari belakang,” katanya.
Menurutnya, sebaik sahaja penjenayah itu berlalu, tanpa berfikir panjang dia membuka kain yang menutup wajahnya dan terus memandu laju sehingga bertemu seorang pengawal keselamatan di sebuah kilang di Bukit Batu, Kulaijaya untuk meminta pertolongan.
Julie Diana berkata, dia menceritakan apa yang telah terjadi kepada pengawal keselamatan itu dan memintanya menghubungi nombor telefon pejabat.
“Saya dah tak ingat apa-apa, yang muncul di fikiran hanya nombor pejabat. Saya minta pengawal keselamatan itu hubungi rakan sekerja supaya mereka dapat maklumkan kepada keluarga,” katanya.
Pengalaman mencemaskan selama empat jam itu benar-benar memberi banyak pengajaran kepada Julie Diana.
“Saya sangat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana tidak diapa-apakan,” katanya.
Menurutnya, dia menganggarkan kerugian yang dialami mencecah RM20,000.
Julie Diana kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Ayer Bemban, Kulaijaya dan Balai Polis Taman Impian Emas pada hari yang sama.
Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr Hashim Haron berkata, pihaknya berjaya menahan dua lelaki berusia dalam lingkungan 40-an dipercayai suspek jam 4 petang semalam.
“Kami kini sedang memburu tiga hingga lima lagi suspek yang dipercayai terlibat dengan kes ini. Kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan,” katanya.@sinar
Seorang juruhebah radio Johor melalui detik-detik cemas selama empat jam apabila dia diculik dan diugut untuk dibakar hidup-hidup oleh sekumpulan lelaki di sini pada Sabtu lalu.
Sebelum kejadian pada pukul 1 pagi, mangsa berusia 34 tahun yang popular dengan panggilan JD diculik ketika memandu kereta Proton Neo seorang diri. Ketika itu dia dalam perjalanan pulang ke rumah di Kampung Sungai Danga dari tempat kerjanya di stesen radio Best 104 di sini.
“Ketika tiba berhampiran Tune Hotel di Lebuh Raya Pesisir Pantai, kereta saya dihalang sebuah kereta Proton Iswara yang dinaiki beberapa lelaki tetapi ketika itu saya berjaya memandu terus.
“Sejurus selepas itu, datang sebuah kereta Proton Wira pula menghimpit kereta saya menyebabkan saya tidak dapat berbuat apa-apa sebelum seorang lelaki masuk ke dalam kereta dan mengacukan pisau rambo,” kata JD sambil memberitahu lelaki itu kemudian menutup mukanya manakala tangannya diikat.
“Penculik memaksa saya diam sebelum mengatakan ‘engkau ada cinta tak berbalas, bos kami suruh bakar engkau je, sebab kau tidak membalas cintanya". Aku pun tak nak buat tapi diupah. Aku dari jauh, dari Negeri Sembilan."
“Pada masa sama, penculik turut menggunakan walkie-talkie dan mengikut arahan diberikan seseorang termasuk mengelar sedikit leher saya selain menoreh bahagian bawah ibu jari tangan kiri saya menggunakan pisau,” kata deejay radio, Julie Diana Omar Shariff, 34, yang lebih dikenali sebagai JD di sini,
Menurut Julie, dia diculik pada jam 1 pagi, Sabtu lalu, di Danga Bay ketika dalam perjalanan pulang ke rumah dari tempat kerjanya.
Mengimbau kejadian, Julie yang ditemui berkata, sebelum kejadian dia yang memandu Proton Satria Neo diekori sebuah kereta Proton Iswara merah.source
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.