Bekas menantu Abdul Taib Mahmud ini menyifatkan ketua menteri Sarawak
itu sebagai orang paling kaya di Malaysia, atau mungkin terkaya di Asia
Tenggara.Shahnaz Abdul Majid, 49, berkata demikian semasa memberi
keterangan berhubung aset bekas suaminya, Mahmud Abu Bekir Taib hari
ini.
Dakwanya, Mahmud memiliki sebanyak 111 akaun di seluruh dunia, dengan
jumlah deposit dianggarkan berjumlah RM700 juta.Shahnaz mendakwa, Mahmud
Abu Bekir memiliki akaun peribadi di Kanada, Amerika Syarikat,
kepulauan Caribbean, Perancis, Monaco, Switzerland, Luxembourg, Malaysia
dan Hong Kong.
Dakwanya lagi, Mahmud memegang dua akaun peribadi di Edmond de
Rothschild di Luxembourg dengan deposit berjumlah USD25 juta (RM75
juta).
Beliau juga mendedahkan, bahawa bekas suaminya mempunyai dua akaun di
bank sama di Switzerland dengan deposit berjumlah USD31 juta (RM93
juta).Shahnaz adalah kakak kepada penyanyi jazz terkenal tanah air,
Sheila Majid. ~jalanpulang
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.