PETALING JAYA - Pilihan raya kampus yang berlangsung semalam di lima
buah universiti awam bagi memilih kepimpinan baru Majlis Perwakilan
Pelajar (MPP) bagi sesi 2012/2013 telah menyaksikan kumpulan Aspirasi
Mahasiswa menyapu bersih menewaskan Pro Mahasiswa.
Lima universiti yang mengadakan pilihan raya kampus semalam adalah Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Pengumuman keputusan pilihan raya kampus ini telah dibuat di kesemua universiti yang terlibat oleh jawatankuasa pemilih perwakilan pelajar.
Aspirasi Mahasiswa telah menyapu bersih kesemua kerusi yang dipertandingkan di UiTM (50 kerusi), UniMAP (31), UTeM (28) dan UniSZA (24). Di UiTM pula, Aspirasi menang 25 kerusi daripada 27 yang dipertandingkan.
Proses pilihan raya kampus di lima universiti itu yang berlangsung sejak awal pagi Khamis ditutup pada jam 4 petang.
Sementara itu, sebanyak 15 IPTA lain memilih untuk mengadakan pilihan raya kampus masing-masing pada Selasa depan. ~fmt
Addin :
Kah..kah..kah.. mustahil tak di siarkan..

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.