Followers

Friday, September 28, 2012

PANAS! Rosmah Pun Dapat Peruntukan RM20.5 Juta!!

 


Bajet 2013 yang dibentang Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan, Najib Altantuya disifatkan pengkritik ekonomi dan politik sebagai antara yang terburuk dalam sejarah negara mencapai kemerdekaan sejak 55 tahun lalu.

Selain meneruskan bajet defisit buat tahun ke-14 berturut-turut, intipati bajet yang sungguh mencurigakan dibuktikan apabila Bantuan Rakyat 1Malaysia 2.0 (BR1M) 2.0 dimanipulasikan semahu-mahunya dengan menambah kategori penerima bantuan kepada warganegara yang berusia 21 tahun ke atas yang berpendapatan kurang RM2000 sebulan akan dirasuah sebanyak RM250.

Menurut Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata sebaik mana pun belanjawan dibentangkan, ia tidak berguna kepada rakyat kalau perlaksanaan penuh penyelewengan dan rugi RM28 bilion setahun.

"Saya tidak boleh kata belanjawan yang dibentangkan oleh Najib Altantuya adalah belanjawan yang baik dan bertanggungjawab kepada negara dan generasi akan datang sebab (bekas Perdana Menteri Mahathir (Mohamad) sendiri kaitkan Najib Altantuya dengan perbuatan beli undi.

"Tetapi, kalau Najib Altantuya mempunyai kebolehan untuk membentangkan belanjawan yang baik sekalipun, ia tidak berguna kepada rakyat apabila Ketua Audit Negara sendiri dedahkan negara mengalami kerugian sehingga RM28 bilion setahun yang diakibatkan oleh kelemahan pengurusan kerajaan Umno Barisan Nasional (BN)," katanya.

Mohamad bersetuju dengan pandangan ramai bahawa belanjawan yang dibentangkan oleh Najib Altantuya hari ini adalah "belanjawan beli undi".

Paling mencuri tumpuan adalah isteri perdana menteri sendiri, Rosmah Mansor juga turut menerima peruntukan sebanyak RM20.5 juta tahun depan menerusi program PERMATA yang mendapat kritikan semasa Bajet 2011 apabila Rosmah dengan bergaya mendapat RM111 juta menerusi program yang sama.


Walauapun jauh berkurangan berbanding tahun 2011 ia dianggap satu pembaziran kerana kanak-kanak yang terlibat hanya tertumpu kepada kawasan bandar tetapi di pedalaman terutamanya di Sabah dan Sarawak ia langsung tidak dinikmati.


JALAN PULANG

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.