Ketua
Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mencadangkan agar nama Lapangan
Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang dinamakan Lapangan
Terbang Antarabangsa P Ramlee, Pulau Pinang sempena nama kelahiran tokoh
seni tersohor tanah air.
Lim mencadangkan perkara tersebut dalam laman Facebooknya menerusi satu kenyataan akhbar ringkas yang diterbitkan sebentar tadi.
P
Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh
dilahirkan di negeri ini pada 22 Mac 1929 dan mencipta nama sebagai
tokoh perfileman Melayu terunggul pada zaman kegemilangannya.
Tambah
Lim Lagi, memandangkan P Ramlee telah berjaya membawa nama Malaysia
masyhur di mata dunia, adalah wajar nama beliau terukir pula di pentas
antarabangsa seperti lapangan terbang yang berkait rapat dengan pentas
dunia.
Beliau menggesa kerajaan persekutuan menimbangkan cadangan kerajaan negeri tersebut kerana P Ramlee merupakan anak jati negeri ini yang sudah banyak berjasa mengangkat karya perfileman dan muzik Melayu ke persada dunia sepanjang hayatnya.
P Ramlee meninggal dunia di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Mei 1973 pada usia 44 tahun akibat sakit jantung.
JALAN PULANG
Kenyataan Akhbar Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng Di Komtar, George Town Pada 23.9.2012.
Mencadangkan
Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang Dinamakan Lapangan
Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee Demi Mengenangkan Jasa Seniman
Terunggul Ini Dan Menggalakkan Mutu Kerja Pembesaran Bertaraf
Antarabangsa.
Saya
ingin mencadangkan kepada Kerajaan Persekutuan agar menamakan Lapangan
Terbang Antarabangsa Pulau Pinang sebagai Lapangan Antarabangsa Pulau
Pinang P. Ramlee demi mengenangkan jasa seniman terunggul ini dan
menggalakkan kerja pembesaran dijalankan dengan baik dan elok secara
bertaraf antarabangsa. Pulau Pinang amat bangga bahawa Allayarham Tan
Sri P. Ramlee adalah anak negeri Pulau Pinang yang dibesarkan dan
belajar di sini.
Masih
ada ramai yang tidak tahu bahawa P. Ramlee berasal dari Pulau Pinang
dan bahawa masyarakat majmuk dan terbuka serta menggalakkan pembentukan
bakat yang wujud pada masa itu di Pulau Pinang membolehkan P. Ramlee
menrealisasikan potensinya sebagai seniman, pelakon, pemuzik dan
penyanyi yang paling cemerlang dalam sejarah Malaysia.
P. Ramlee pernah
dipilih pelakon terbaik Asia. Memandangkan beliau dikenali umum di
peringkat antarabangsa adalah wajar nama beliau terukir di peringkat
antarabangsa seperti Lapangan Terbang yang berhubungkait dengan pentas
dunia.
Pada
masa yang sama, keadaan kerja semasa membesarkan Lapangan Terbang
Antarabangsa sebanyak RM 250 juta di luar atau di dalam agak kurang
memuaskan dengan kebocoron air hujan, kualiti kerja kurang baik dalam
banyak aspek, kelambatan siap kerja dan pengurusan kerja yang mengganggu
penumpang-penumpang.
Terlalu banyak aduan diterima bukan sahaja
daripada penumpang tetapi juga daripada pekerja-pekerja dalam lapangan
terbang tersebut.
Adalah
diharapkan pihak berkuasa Kerajaan perseketuan boleh menjalankan
semakan setiap minggu untuk mengenalpasti masalah tersebut yang timbul
agar ia tidak ditutup begitu sahaja.
Kebimbangan semua pihak adalah
bahawa Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang P. Ramlee ini akan
menjadi suatu lapangan terbang bermasalah sebaik ia siap kelak.
YAB LIM GUAN ENG
KETUA MENTERI PULAU PINANG
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.