Followers

Monday, September 3, 2012

Lebih Ramai Lagi Yang Akan MATI DI LUAR UMNO..


FAKTA YANG PERLU ANDA TAHU , SAYA BERPENDAPAT GENERASI BARU RAMAI YANG TIDAK TAHU CERITA INI..

UMNO BARU DI ASAS KAN MAHATHIR TIDAK SAH !
MAHATHIR GILA KUASA ! 
 
TAPI ALLAH DAH TUNJUK KAN SIAPA MAHATHIR SETELAH MEMECAT Dato seri anwar ibrahim DARI KABINET KERAJAAN DAN MENFITNAH BELIAU , SEMUA SUDAH TERBONGKAR , KINI GILIRAN MAHATAHIR PULA MERASA TAKUT DAN DI HANTUI DOSA NYA YANG LAMPAU !!!!

UMNO asal yang dikatakan Najib telah berusia 66 tahun itu sebenarnya telah diharamkan pada tahun 1988 lalu.. Ianya telah diharamkan oleh mahkamah pada 4 Februari 1988 selepas berlakunya krisis kepimpinan UMNO pada 1987 yang menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah telah bertanding jawatan Presiden UMNO namun kalah dengan perbezaan undi yang kecil Pada Jun 1987,

Satu guaman sivil telah difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur oleh 11 orang ahli UMNO (yang asalnya 12 orang tetapi seorang menarik diri, kumpulan ini kemudiannya dikenali sebagai UMNO 11) di mana mereka telah memohon suatu relif termasuk suatu pengisytiharan bahawa pemilihan calon yang menang semasa Perhimpunan Agung UMNO April 1987 sebagai bertentangan dengan perlembagaan parti, tidak sah dan dianggap terbatal, serta tidak mempunyai kesan. Fakta-fakta yang telah dipersetujui menyatakan 30 cawangan tidak diluluskan dalam empat bahagian dan lain-lain.

Satu perkiraan yang mudah menunjukkan bahawa jika perwakilan daripada 30 cawangan yang tidak diluluskan dalam empat bahagian tidak diambil kira dalam Perhimpunan Agung, keputusan pemilihan akan mewujudkan suatu jurang undi yang amat tipis antara pemenang dan calon yang kalah. Pada tahun itu, Dr Mahathir Mohamad menang tipis sebanyak 43 undi ke atas Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li), iaitu 761 berbanding 718 undi untuk jawatan Presiden UMNO.

Selepas beberapa siri perbicaraan yang mengambil masa selama tujuh bulan, kes tersebut telah dibicarakan di hadapan Hakim Harun Hashim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988. Harun telah memutuskan bahawa di bawah undang-undang, beliau tiada pilihan melainkan mengisytiharkan UMNO sebagai pertubuhan yang tidak sah kerana wujudnya beberapa cawangan yang tidak didaftarkan dan dianggap tidak sah di bawah Akta Pertubuhan 1966.

UMNO YANG ADA SEKARANG INI IALAH UMNO BARU YANG DITUBUHKAN OLEH MAHATHIR YANG JELAS MEMENTINGKAN KRONI DARI PERJUANGAN BANGSA MELAYU..!!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.