Pada 23hb Sept ini jam 09.00 malam, di kawasan Pekan akan dikunjungi
oleh bekas tokoh Umno, anak kepada bekas TPM, Almarhum Tun Ghafar Baba.
Tamrin Ghafar yang baru sahaja menyertai PAS akan berceramah di Markas
PAS Makasar, Pekan. Pekan dikatakan kubu kuat Umno di Pahang dan pada
PRU ke 12 yang lalu, Najib mendapat majoriti lebih dari 20 ribu.
Justeru itu, memang wajar Tamrin Ghafar berkunjung ke Pekan untuk
`mentarbiyyah' orang-orang Pekan.
Wakil dari KOBAT (Kor Bekas Angkatan Tentera), saya sendiri, InsyaAllah,
akan bersama beliau dan sudah tentunya isu berkaitan hal ehwal tentera
dan bekas tentera akan diperkatakan.
Pertamanya, saya akan nyatakan
mengapa tentera perlu melakukan perubahan. Dari pengalaman sewaktu
berkhidmat dahulu, kita gagal mendapatkan sokongan warga tentera ini
adalah kerana kita tidak serius untuk mendampingi mereka bagi
membekalkan maklumat.
Kelemahan lain adalah sikap warga tentera itu
sendiri yang tidak peka dan prihatin akan isu-isu semasa yang melibatkan
juga kepentingan mereka.
Mewakili KOBAT |
Bukan sekadar ceramah, KOBAT juga mempunyai strategi tertentu untuk
menyalurkan maklumat kepada warga tentera tanpa memaksa mereka melanggar
etika dan peraturan di dalam Angkatan Tentera.
Selaku bekas tentera,
saya pastinya memahami sejauh mana dan di tahap mana saya boleh
berinteraksi dengan mereka kerana saya tetap menghormati
peraturan-peraturan yang ditetapkan untuk warga tentera.
Sehubungan itu, saya menyeru rakan-rakan di kalangan warga tentera dan
bekas tentera termasuk pasukan keselamatan yang lain seperti pesara
Polis untuk kita bertemu di Pekan pada tarikh tersebut.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.