Followers

Friday, September 21, 2012

Ketua Pemuda UMNO Seremban hilang sokongan?

Isu khalwat, melempang, menembak & Ketua Pemuda UMNO Seremban hilang sokongan; mewarnai hidup Mohamad Hasan : Oleh Blogger UMNO
 
1. Syabas diucapkan kepada kepimpinan Pemuda UMNO Bahagian Seremban yang berjaya melaksanakan mesyuarat semula pada 15-9-2012 yang lalu setelah pernah dibatalkan sebelum ini dek kesilapan notis mesyuarat yang diedarkan.

 2. Walaupun tiada kehadiran pemerhati daripada Badan Perhubungan UMNO Negeri serta wujud desas desus kononnya ada perwakilan yang tidak mendapat notis panggilan mesyuarat semula dan sembang sumbing menyatakan kali ini ramai perwakilan IMPORT bagi mencukupkan koram mesyuarat; namun Pemuda UMNO Bahagian Seremban akhirnya berjaya melaksanakan juga mesyuarat dengan kehadiran 96 orang perwakilan keseluruhannya. 



Cuma yang menjadi persoalannya, BETUL KE ada 96 orang perwakilan?

Suasana ketika mesyuarat semula Pemuda UMNO Bahagian Seremban pada 15 September 2012 yang lalu. Berdasarkan gambar, cukup ke 96 orang?

3. Andai jumlah 96 orang perwakilan itu diperincikan, setelah ditolak jumlah 3 orang wakil UMNO Bahagian, termasuk 15 orang Ahli Jawatankuasa yang hadir, MAKA sepatutnya hanya 78 orang sahaja perwakilan dari cawangan –cawangan dalam UMNO Bahagian Seremban yang hadir.

4. Dengan kiraan purata bersandarkan hanya perwakilan dari 16 cawangan sahaja yang hadir berbanding 63 cawangan pemuda UMNO yang wujud di  Bahagian Seremban; BERMAKNA seramai 235 perwakilan dari  47 cawangan telah TIDAK HADIR di mesyuarat tersebut. 
 
Dan menjadi bertambah musykil apabila Naib Ketua Pemuda, Penolong Bendahari serta 7 orang AJK Pemuda UMNO Bahagian juga dikhabarkan turut tidak hadir dalam mesyuarat semula itu!

5. Secara rasminya, inilah rekod kedatangan TERBURUK perwakilan ke mesyuarat UMNO Pemuda Bahagian Seremban semenjak zaman Rahman Akbar, Datuk Yusof, Dato’ Murad, Osman Kucing, Mohd Nor Awang dan M Rosli menjadi Ketua Pemuda UMNO Bahagian Seremban. 
 
Di zaman mereka ketidak hadiran perwakilan yang sangat sedikit sebegini tidak pernah terjadi dan ia hanya berlaku semasa Shahrul Ehsan menjadi Ketua Pemuda.

6. Zaman ketua-ketua pemuda terdahulu menyandang jawatan, mereka tak perlu pun nak pasang Banner atau Papan Iklan sebesar alam di simpang jalan sebagaimana yang dibuat Shahrul Ehsan kini, namun pada zaman mereka, kehadiran pemuda ke mesyuarat bahagian masih tetap memberangsangkan.
 
 
Nizar

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.