Followers

Friday, September 28, 2012

Kerusi Parlimen Gopeng: Zambry tunduk kepada Soi Lek

Badan Perhubungan PAS Negeri Perak melihat krisis yang timbul berikutan penafian Datuk Hamzah Kassim, Ketua Umno Bahagian Gopeng yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Bahagian Gopeng terhadap isu ‘politik wang’ untuk melobi sebagai calon menunjukkan kelemahan Datuk Seri DiRaja Dr Haji Zambry Abdul Kadir selaku Pengerusi BN Negeri Perak yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Perak sama sekali.

Ketua Penerangannya, Ustaz Nuri Al-Amin berkata, PAS melihat kenyataan segera Datuk Seri Zambry terhadap kedudukan kerusi Parlimen Kawasan Gopeng seolah-olah terus dimuktamad menjadi kepunyaan MCA menimbulkan tanda tanya.

“Jika kerusi MIC, Datuk Seri Zambry serius memastikan isu kerusi milik MIC pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke – 12 tahun 2008 dinilai semula, mengapa dalam krisis kerusi milik MCA ini Datuk Seri Zambry dilihat hanya ‘berdiam diri’ sahaja?

Adakah kerana kerusi Parlimen Gopeng akan ditandingi oleh Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek?,” soal beliau.


Menurutnya, perkara tersebut jelas menunjukkan ketidakmampuan Datuk Seri Zambry memastikan calon-calon BN yang bertanding di Negeri Perak ini ‘bersih’ dan mampu menggalas tugas mereka kelak.

“Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa Datuk Seri Zambry tidak mampu memperjuangan kerusi Parlimen Gopeng untuk diwakili oleh Umno pada PRU 13 nanti!,” jelasnya lagi.

Sumber: perakitedaily.blogspot.com


Warkah Daily 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.