Kalau undang-undang keluarga boleh pasai apa pulak Hudud tak boleh?
MalaysianInsider melaporkan:
KUALA LUMPUR, 17 Ogos — Karpal Singh hari ini berkata beliau akan memfailkan saman terhadap Nasharuddin Mat Isa selepas bekas Timbalan Presiden PAS itu yang dilihat rapat kepada Umno mendesak PAS segera meninggalkan Pakatan Rakyat (PR) dan menuduh pemimpin DAP itu sebagai anti Islam.
Pengerusi DAP Nasional itu (gambar) berkata kepada The Malaysian Insider hari ini, kenyataan Nasharudin terhadapnya semalam “adalah sangat tidak bertanggungjawab”, dan “saya tidak pernah menyatakan saya anti Islam.” - TMI.
Tak habih-habih la Karpal Singh ni nak tunjuk hebat dia yang tak tara mana tu. Tah apa persepsi yang dia nak tanam aku pun tak pasti.
Yang aku herannya, dia sorang ja yang kecoh, lain-lainb pemimpin DAP rileks ja.
Sebagai seorang peguam 'senior' dan ahli politik veteran tentu dia tau dan sedar apa yang dia buat. Ikut suka dia la nak saman sapa pun, jangan saman aku dah... Hahaha...
Al-Quran Miracle 22 dalam 1 mudah, sahih dan komprehensif, Penawar Segala Penyakit !!!!
Dapatkan buku-buku yang bermanfaat dalam mendidik jiwa di sini !!!
Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-3471001
Aku bukan nak ulas pasai Karpal Singh nak saman Ust Nasha, lantak pi kat dia la, tapi aku nak ulas sikit pasai benda lain yang Karpal Singh kata dalam laporan MalaysianInsiders tu.
Bagaimanpun, peguam itu menegaskan hudud tidak boleh diimplementasikan di negara ini kerana “hudud hanya boleh dilaksanakan dalam negara Islam” sedangkan Malaysia masih lagi merupakan negara sekular. - Ibid.
Juga dilaporkan:
Perlembagaan kita membekalkan negara sekular, dan di Malaysia ia adalah negara sekular. Kita perlu ada negara Islam jika mahu melaksanakan hudud,” katanya lagi.
“Saya tidak mengatakan PAS salah, tapi kita tidak boleh melaksanakan hudud kerana kita sekular ... dan undang-undang kita tidak membenarkan itu berlaku,” tambahnya lagi. - Ibid.
Sebagai orang yang takdak latarbelakang undang-undang aku memang boleh dikira jahil bab undang-undang. Tapi aku ada sikit mushkil macamana pulak undang-undang hudud tak boleh dilaksanakan atas alasan Malaysia bukan Negara Islam tapi Undang-undang Keluarga Islam boleh pulak dilaksanakan.
Bahkan Malaysia ada Mahkamah Syariah yang hanya boleh bicarakan kes yang melibatkan orang Islam. Kalau Mahkamah pun dah ada apa masalahnya kalau takat nak tambah sikit lagi kepada Mahkamah Syariah tu.
Bab tak berapa nak tepat macam syariat Islam yang sebenar tu isu lain tapi yang jelasnya sebahagian dari undang-undang Islam dah pun berjalan di Malaysia yang semua orang setuju negara sekular kecuali sekelompok kecil yang berpegang dengan 'mazhab CheDet'
Dr. Mahathir pernah sebelum ni buat lawak bila istiharkan Malaysia sebagai Negara Islam di depan pemimpin dan ahli MCA.
Lain la kalau nak laksanakan undang-undang Hudud untuk semua rakyat Malaysia tak kira agama macam yang Adun Umno Johor cadangkan tu.
Kalau macam tu mungkin la kut relevan perlu ujud Negara Islam yang sebenar dengan kuasa mutlak baru boleh laksanakan Undang-ungang Hudud versi Umno.
Apa pun, itu cuma persepsi aku yang jahil bab undang-undang yang mungkin sama dengan majoriti rakyat Malaysia yang juga jahil tentang undang-undang yang nilai undi setiap orang sama dengan nilai undi mana-mana pakar undang-undang sekali pun.
"Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya"
Cenangau Daunkari
Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/08/kalau-undang-undang-keluarga-boleh.html#ixzz23ocBavJp
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.