BEAUFORT, 14 Ogos: Barisan
Nasional (BN) Sabah bakal menghadapi situasi lebih getir selepas
sambutan Aidilfitri berikutan tiga lagi wakil rakyatnya akan
meninggalkan parti itu.
Ahli
Parlimen BN Beaufort, Datuk Seri Lajim Ukin menegaskan, mereka akan
berbuat demikian secara berperingkat-peringkat dalam beberapa bulan
lagi.
“Ini
(keluar parti) bukan spekulasi atau desas-desus tetapi sesuatu yang
benar. Bagaimanapun kita tidak akan dedahkan secara terperinci identiti
mereka.
“Mereka
akan umum keluar parti dan sokong Pakatan secara berperingkat-peringkat
selepas sambutan Aidilfitri sehingga Parlimen dibubar,” katanya kepada
Keadilan Daily.
Kata
Lajim, seramai 18 daripada 35 Ahli Jawatankuasa (AJK) Bahagian Umno
Beaufort turut menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi
Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.
“Beberapa lagi Ketua Cawangan Umno Sabah, bekas wakil rakyat dan pemimpin yang pernah menjadi menteri juga akan keluar parti .
“Pengumuman itu akan dilakukan pada masa sesuai,” katanya.
Lajim
sebelum ini mengisytihar keluar BN, malah meletak jawatan sebagai Ketua
Cawangan Umno Kerambai Kebatu, Ahli Majlis Tertinggi Umno dan Pengerusi
Umno BN Beaufort dan menubuhkan PPS yang menyokong Pakatan.
Pada
30 Julai lalu, Lajim digugur dari jawatan Timbalan Menteri Perumahan
dan Kerajaan Tempatan manakala keahliannya dalam Umno akan ditentukan
kemudian.
Selain
beliau, Ahli Parlimen BN-Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN dan
menubuhkan Angkatan Perubahan Sabah (APS) yang menyokong Pakatan.
Ini
menjadikan gerakan menukar kerajaan negeri digerakkan dua komuniti
terbesar di Sabah iaitu Melayu-Islam melalui PPS dan Kadazan-Dusun-Murut
melalui APS.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.