KUALA LUMPUR:
PAS melihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dilihat terus
berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran
parlimen bagi menghadapi Pilihanraya Imum ke-13 (PRU13).
Kenyataan
tersebut disuarakan oleh Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar apabila
'task force' rasmi yang terdiri daripada perisikan Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan pihak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut melaporkan akan
berlaku peralihan kuasa pada PRU13 nanti.
"Melihat
kepada apa yang berlaku sekarang pada senario politik negara, Najib
terus berada dalam keadaan tertekan untuk membuat pengumuman pembubaran
parlimen bagi mengadakan PRU13.
"Tekanan
itu lebih teruk lagi apabila laporan dari perisik rasmi kerajaan yang
telah menyatakan rakyat telah menunjuk sikap tidak selesa mereka kepada
kerajaan, malah menjangkakan akan ada perubahan kuasa," jelasnya sewaktu
majlis berbuka puasa di sebuah hotel semalam.
Mahfuz
yang turut menjangkakan Najib akan mengadakan pilihanraya pada awal
tahun hadapan atas beberapa faktor yang tidak dapat dielakkan.
Katanya
lagi, faktor kesuntukkan masa iaitu sambutan kemerdekaan, musim haji
dan juga peperiksaan kepada pelajar-pelajar sekolah juga antara sebab
utama PRU13 dibawa ke tahun hadapan.
"Sudah
pasti pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji kerana rakyat
negara ini akan keluar untuk menunaikan haji dan begitu juga musim
peperiksaan yang mana ibubapa akan lebih tumpukan kepada peperiksaan
anak mereka.
"Jika
Najib ingin mengadakan pada musim peperiksaan ia akan menimbulkan
kemarahan kepada ibubapa, malah peglibatan guru-guru dalam menguruskan
peperiksaan juga akan turut terganggu," sambungnya.
Menurutnya, kerajaan akan menggunakan sebaik mungkin belanjawan 2013 yang akan dibentangkan pada sesi parlimen akan datang.
"Sokongan
rakyat sudah semakain menurun dan saya pasti Najib akan menggunakan
sepenuhnya kelebihan senjata terakhir mereka pada belanjawan kali ini
untuk menarik undi rakyat.
"Apatah lagi senario perubahan yang besar akan berlaku di Sabah, Najib dijangka bertindak luar biasa kepada rakyat di sana.
Sebelum
itu, menurut laporan Malaysiakini, Ahli Parlimen Beaufort, Datuk Lajim
Ukin yang telah keluar BN dan mengisytiharkan sokongan kepada Pakatan
Rakyat turut mendakwa tiga lagi ahli parlimen BN akan lompat parti
selepas Hari Raya.
Menurut
Lajim lagi, seramai 18 daripada 35 ahli jawatankuasa Umno bahagian
Beaufort menuruti langkahnya meletak jawatan dan mempromosi Pakatan
Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong Pakatan.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.