Followers

Wednesday, August 15, 2012

KEKALKAN PERSEFAHAMAN DALAM PAKATAN RAKYAT - Mazlan Aliman

BN sedang nazak. Nak bubar pun tak berani. Dpd 222 kerusi Parlimen, hanya 95 kerusi sahaja yg selamat buat BN. Itupun di kawasan melayu luar bandar.

Najib dan jentera BN guna bermacam usaha utk kekalkan sokongan rakyat. Umpan macam2. Keghairahan rakyat utk tukar kerajaan makin kuat. Politik gawat di Sabah dah menular ke Sarawak. Beberapa pemimpin BN aka
n keluar parti selepas hari raya ini.

Dato' Tamrin bagi tau saya ada seorang bekas Timbalan Menteri nak sertai PAS. Orang Pahang katanya. Saya akan temui Menteri ini lepas raya ni. Di Johor pun ada seorang bekas menteri minat dengan PAS. Kali ini gelombang bekas menteri pula nak menyertai PAS.


Yang penting kawal hubungan PAS, DAP dan PKR. Jangan pecah. BN sedang perkuda ulama upahan, bekas pimpinan PAS dan media utk pecah belahkan PR. Saya setuju seperti kata Ust Idris Ahmad, Parlimen akan dibubarkan jika PR berpecah.


Isu yang sedang dimanipulate adalah hudud. Pemimpin PR jangan melatah. Apapun isunya, tangani secara bijaksana. Perpaduan dlm PR adalah tersgt penting utk yakinkan rakyat.


Halakan serangan kepada korupsi, kezaliman dan penyelewengan BN. Tingkatkan penyebaran maklumat dengan apa jua cara. Alhamdulillah, mesyuarat PAS Pusat ahad lalu telah merumuskan ketetapan menangani isu hudud dan proses pengukuhan dlm PR.


Tidak usah panik atau terkejut jika bekas pimpinan PAS sekalipun diguna utk meracun pemikiran rakyat agar tolak DAP. Ini taktik lama melalui sentimen agama.


Hakikatnya, rakyat nak tengok sangat BN tumbang. Paling lama pun penggal pemerintahan BN, bulan Jun 2013. Lepas tu bertukar kerajaan baru, PAKATAN RAKYAT!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.