Pegawai Penyiasat Polis Limbang, Inspektor Kantharuban Rajoo, berkata mangsa seorang lelaki rakyat tempatan itu menerima panggilan dari wanita berkenaan yang memperkenalkan diri sebagai Miss Tan, petang Isnin lalu.
Wanita itu menyatakan bahawa mangsa mempunyai hutang
kad kredit UOB tertunggak sebanyak RM5,796 dan pembayaran perlu dibuat
dengan segera bagi mengelakkan akaun lain mangsa dibekukan oleh Bank
Negara.
Tetapi bila mangsa membuat panggilan ke Bank Negara hari ini untuk tindakan susulan, beliau dapati tiada pegawai yang mempunyai nama berkenaan.
"Walaupun mangsa tidak pernah memiliki kad kredit itu namun mungkin atas sebab panik, pembayaran dilakukan pada hari yang sama.
"Keesokannya (28 Ogos) orang yang sama membuat panggilan untuk meminta mangsa memindahkan wang dari akaun Maybank milik mangsa ke akaun lain bagi mengelakkan akaunnya dibeku," kata Kantharuban kepada pemberita di sini, hari ini.Kantharuban berkata, mangsa segera memindahkan wang berjumlah RM111,000 selepas menerima panggilan itu ke akaun milik seorang yang bernama Azimah Abdullah.
Tetapi bila mangsa membuat panggilan ke Bank Negara hari ini untuk tindakan susulan, beliau dapati tiada pegawai yang mempunyai nama berkenaan.
Kantharuban berkata, orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai
kejadian itu boleh menghubungi beliau di telefon bimbit 012-3029896.
- BERNAMA/Shalehudin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.