SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
berkata, pemimpin Umno tidak wajar "berbohong" berhubung isu royalti
petroleum, yang dituntut Kerajaan Negeri itu, lebih-lebih ketika bulan
Ramadan sekarang.
Sambil menolak kenyataan Timbalan Menteri Kewangan,
Datuk Dr Awang Adek Hussin semalam, Nik Abdul Aziz berkata, "berkatalah
sesuatu yang benar di bulan Ramadan."
"Janganlah dididik lidah berbohong lebih-lebih lagi di bulan yang mulia
ini," kata beliau dalam satu mesej dikeluarkan menerusi Facebook hari
ini.
"Saya membaca kenyataan seorang pemimpin Umno di Kelantan dalam
akhbar Sinar Harian hari ini bahawa royalti minyak telah dibayar kepada
Kelantan dalam bentuk wang ihsan.
"Suka saya mengingatkan bahawa tuntutan
terhadap royalti minyak ini bukan disuarakan oleh pemimpin kerajaan
negeri dan rakyat Kelantan sahaja tetapi turut disuarakan oleh Sultan
Kelantan dialam titah baginda sedikit masa dahulu.
"Apakah pemimpin berkenaan ingin menyatakan bahawa titah baginda silap
dan tidak boleh dipercayai?" kata beliau yang menerajui kerajaan negeri
sejak 1990.Mursyidul Am Pas ini seterusnya berkata, mengapa Kerajaan
Pusat membayar royalti kepada Sabah dan Sarawak sedangkan Kelantan
disediakan wang ihsan.
"Saya ingin persoalkan kenapa negeri lain seperti
Sabah dan Sarawak menerima royalti, bukan wang ehsan?"Berkatalah sesuatu
yang benar di bulan Ramadan. Janganlah dididik lidah berbohong
lebih-lebih lagi di bulan yang mulia ini," katanya lagi.
"Dalam laporan hari ini, Sinar Harian memetik Awang Adek berkata, tidak
perlu melakukan konvoi atau demonstrasi tuntutan royalti minyak oleh
mana-mana pihak memandangkan hak rakyat Kelantan itu, sudah diberikan
kepada rakyat Kelantan secara terus dan bukan melalui Kerajaan
Negeri.
Beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengagihan Wang Ehsan
Kelantan berkata, wang ihsan diberikan kepada mereka yang layak secara
terus dan telus iaitu kaedah yang lebih baik berbanding diberikan kepada
Kerajaan Negeri.
Menurutnya, wang itu adalah milik rakyat Kelantan dan tidak perlu Kerajaan Negeri menimbulkan kekecohan untuk menuntut diserahkan kepada mereka."Kerajaan Persekutuan bukan hendak sangat pun duit RM24 juta setahun untuk rakyat Kelantan.
Menurutnya, wang itu adalah milik rakyat Kelantan dan tidak perlu Kerajaan Negeri menimbulkan kekecohan untuk menuntut diserahkan kepada mereka."Kerajaan Persekutuan bukan hendak sangat pun duit RM24 juta setahun untuk rakyat Kelantan.
"Kita berikan terus kepada yang layak
seperti untuk kecemerlangan pelajar Ujian Pencapaian Sekolah Rendah,
Penilaian Menengah Rendah, Sijil Pelajaran Malaysia, Sijil Tinggi
Persekolahan Malaysia dan pelajar yang memasuki universiti serta bantuan
bencana untuk rakyat Kelantan," katanya.
Konvoi tersebut diketuai oleh
Nik Abdul Aziz bersama 150 kereta dan 50 motosikal berkuasa tinggi
bermula dari Kota Bharu, melalui Ketereh, Machang dan Kuala Krai, dan
berakhir di Gua Musang. ~sh
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.