BANGI - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak wajar menggunakan
mandat sepenuhnya, sehingga April 2013, sebelum memanggil Pilihan Raya
Umum ke-13 (PRU13).
Timbalan Pengerusi Majlis Profesor Negara (MPN), Prof
Datuk Shamsul Amri Baharuddin berkata, Najib perlu menggunakan
sepenuhnya mandat lima tahun sedia ada untuk terus membantu rakyat serta
memakmurkan negara, yang dilihat dapat meraih sokongan.
"Saya tidak mahu cadang bila beliau patut bubar (Parlimen), beliau lebih
tahu.
"Tetapi kalau saya berpeluang, saya akan kata, gunakan hingga
akhir (mandat)," kata beliau kepada pemberita di sini, hari ini.
~sinarharian
Addin
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.