Followers

Tuesday, July 31, 2012

Polis Heret dan Pukul Peserta BERSIH sedang Makan?



Benarlah polis begitu baik sekali pada himpunan BERSIH yang lalu, kita semua tahu, seperti yang digembar-gemburkan kepada rakyat melalui media Massa seperti TV3 dan Utusan, polis sangat santun kepada peserta himpunan.

Tapi baiknya sikap polis pada himpunan tersebut telah dibalas garam dan mineral water (senjata merbahaya yang digunakan untuk rampasan kuasa) oleh peserta himpunan, mereka telah menangkap beberapa orang polis dan memijak-mijak mereka.

Hurm, cerita diatas adalah versi bohong dan bodek melampau tapi masih ada yang akan percaya, mereka itu adalah golongan lembu, yang percaya hanya kepada utusan dan Tv3.

Cerita sebenar ialah rakyat yang mahukan sebuah sistem pilihanraya yang bersih dan Adil telah diheret dan dipukul semasa sedang makan kerana mereka tidak bersetuju dengan kerajaan.

Wartawan Merdeka Review, Chen Shaua Fui, 34, menyaksikan polis bertindak ganas terhadap peserta Bersih 3.0 di sebuah restoran di Jalan Tun Perak, pada perhimpunan itu 28 April lalu.

Saksi ke-15 sidang keenam siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) itu berkata, pada kejadian jam 7.30 malam itu, polis mengheret dan memukul dua peserta Bersih yang sedang makan

"Saya mahu ambil gambar tetapi dihalang. Saya beritahu mereka, saya adalah wartawan. Saya menunjukkan kad media kepada mereka tetapi mereka tidak mempedulikannya" katanya lagi.

Chen berkata, ketika mahu mengambil gambar sekali lagi, dua polis memegang kedua-dua belah tangannya.

Malah polis juga cuba merampas kamera, kad media dan menendang kad pengenalannya.

Chen kesal kerana sepanjang 10 tahun menjadi wartawan, beliau tidak pernah dihalang mengambil gambar dan dikasari polis.

Apakah polis yang mengganas pada himpunan tersbut anggap kami semua sudah lupa? jangan marah pada rakyat jika anda diludah dimuka, kerana "kebongkakan"  dan sifat angkuh takpa bersebab kepada pemerintah kejam pasti satu hari nanti berbalas.



Jom Follow Twitter "tukanglawan" dan dan like Facebook Page dibawah Untuk berita terkini, Jom Tonton Koleksi video ceramah disini, atau berhibur dengan TV Online disini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.