SHAH ALAM 30 JULAI: Kerajaan
Negeri Selangor memutuskan untuk kekal mempertahanan keputusan untuk
tidak menaikan tarif air sehingga 70 peratus di negeri itu bagi menjaga
kepentingan rakyat.
Menurut Menteri Besar, Tan Sri
Abdul Khalid Ibrahim, rakyat negeri ini tidak boleh dibebankan lagi
dengan kenaikan tarif air kerana bebanan kos sara hidup di negara ini
sudah sedia tinggi.
“Kos sara yang ditanggung rakyat
sudah cukup tinggi, jadi amat tak wajar kalau ditekan lagi dengan
kenaikan tarif air sehingga 70 peratus.
“Sekiranya Langat 2 diteruskan
maka, rakyat Selangor akan memikul sehingga RM2,000 juta (RM2 Bilion)
beban kos itu dan tarif air dinaikan,” kata beliau.
Abdul Khalid turut menyelar
pemimpin Umno-BN yang bercakap soal kebajikan rakyat tetapi pada masa
sama mahu menaikan tarif air di Selangor.
Selain itu, beliau turut
mengutuk kenyataan yang meramalkan Kerajaan Negeri akan muflis sekiranya
pemberian 20 meter padu air percuma dilaksanakan di negeri ini.
“Pemberian 20 meter padu air
percuma yang diberikan kerajaan negeri bukan sahaja tidak menyebabkan
Kerajaan Negeri Muflis, tetapi rizab simpanan kita semakin meningkat,”
ujar Abdul Khalid lagi.
Dalam ucapan Abdul Khalid itu,
beliau juga sempat menceritakan pertemuan antara beliau dengan Timbalan
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedikit masa dahulu.
“Saya pernah beritahu Tan Sri
Muhyiddin, sebab saya nak tolong rakyat maka saya sertai politik,”
ujarnya ketika menerangkan isu pemberian air percuma kepada Muhyiddin.
Kerajaan Negeri di bawah
kepimpinan Abdul Khalid baru-baru ini memulakan usaha Kerajaan Negeri
untuk mengambil alih pengurusan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd
(Syabas) bagi mengelakan kenaikan tarif air.
Bagaimanapun usaha itu mendapat
halangan daripada Kerajaan Persekutuan dan juga syarikat pemegang
konsesi pengurusan air itu sendiri.
Dibawah satu usaha penswastaan
oleh Kerajaan Umno-BN dahulu, Syabas diberi kuasa untuk mengurus operasi
merawat air mentah untuk dibekalkan kepada pengguna di seluruh Lembah
Klang.
Manakala Kerajaan Negeri melalui
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) pula, bertanggungjawab bagi
menguruskan empangan yang menyimpan bekalan air mentah.
Bagaimanapun Syabas didapati
gagal menguruskan sumber air di negeri itu dengan berkesan apabila
pengguna di negeri itu sering mengalami gangguan bekalan air.
Selain itu, Syabas yang membayar
gaji Pengerusi Eksekutifnya, Tan Sri Rozali Ismail sebanyak RM400 ribu
sebulan itu, juga didapati gagal mengurangkan kadar pengeluaran air
tidak terhasil (NRW) dari 35 peratus ke 15 peratus dari setiap 100 gelen
air bersih. - Selangorku
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.