SHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim
berkata, sebanyak 3,252 ekar tanah rezab Melayu yang dirampas dan dijual
oleh Umno Barisan Nasional (BN) sejak mentadbir negeri itu berpuluh
tahun dahulu masih belum diganti.
“Setakat ini, kerajaan negeri mempunyai rekod sebanyak 3,252 ekar tanah rizab Melayu masih belum diganti.
“Jadi kita tetap berusaha untuk mencari tanah bagi menggantikannya,
tapi biar ia sepadan, maknanya jika tanah itu tanah di bandar, bermakna
tanah yang mesti diganti juga tanah di bandar,” kata Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Ijok itu dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN)
Selangor, hari ini.
Bagaimanapun, Adun Sekincan, Ng Suee Lim, bangun mencelah bertanya
kepada Khalid mengenai status tanah rizab Melayu di Kampung Bagan
Nakhoda Omar yang masih menempatkan kediaman kaum Cina yang bekerja
sebagai nelayan.
“Buat masa ini kita tidak boleh melepaskan lagi warta pemilikan tanah
tersebut, namun kerajaan negeri masih mencari tanah yang mahu
digantikan.
“Apa pun, kita mahu gantikan tanah tersebut biar sesuai, kita
mengikut dasar dan kaedah yang ditetapkan, tidak mahu lepaskan begitu
sahaja dan kemudian baru mahu mencari tanah ganti,” jelas Khalid.
PASPB
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.