KOTA BHARU:
Lot 305 Seksyen 1 Bandar Tumpat merupakan tanah rizab Melayu, tetapi
anehnya mengapa pula dalam geran tertera nama bekas pemimpin BN, Dato’
Foo Chow Yong.
Sedangkan
kawasan itu diduduki penduduk Melayu sebelum air bah merah (sekitar
1925) iaitu ketika Kelantan berada di bawah pemerintahan Siam.
Namun
generasi ketiga yang mendiami lot berkenaan sekarang diarah berpindah
kerana cucu kepada Chow Yong dikatakan mahu membangunkan kawasan itu.
Inilah
nasib yang menimpa 39 penduduk Kampung Masjid yang terletak di
tengah-tengah pekan Tumpat. Di situlah mereka membesar dan menumpang
berteduh dengan membina kediaman sendiri.
Dan
setiap tahun sejak belum merdeka mereka membayar sewa sebanyak RM1
kepada wakil tuan tanah. Bayaran akhir pada 2007 antara RM10 hingga RM70
setahun, bergantung kepada saiz rumah.
Resit bayaran sewa itu masih disimpan sehingga ke hari ini, sebagai bukti mereka dibenarkan menumpang di atas tanah berkenaan.
Pada Mac lalu mereka menerima surat peguam yang mengarah mengosongkan tanah tersebut, tanpa sebarang perbincangan dibuat.
Jurucakap
kumpulan penduduk terbabit, Azizah Ibrahim, 57 memberitahu penduduk
begitu hairan tanah yang mereka duduki sejak berpuluh tahun lalu boleh
bertukar menjadi milik pemimpin politik MCA.
“Datuk
nenek kami memberitahu kalau hendak baiki rumah kena minta izin dengan
tuan tanah dahulu. Begitu juga kalau hendak tebang pokok kelapa kena
bayar antara RM50 hingga RM100 sebatang sebagai ganti rugi.
“Saya
difahamkan lot 305 dikeluarkan geran atas nama Foo Chow Yong pada 1981
di atas tanah rezab Melayu yang didiami penduduk Melayu,” katanya ketika
ditemui selepas berbincang masalah tersebut di pejabat peguam Hisham
Fauzi di sini petang semalam.
Beliau
bersama 38 lagi pemilik rumah di lot 305 datang beramai-ramai bagi
menandatangani surat pelantikan peguam bagi mengendalikan kes berkenaan.
Pada
1981 Kelantan diperintah kerajaan Barisan Nasional (BN). Ada penduduk
merumuskan geran dikeluarkan dengan mudah kepada pemimpin MCA terbabit
kerana beliau juga merupakan anggota Exco kerajaan negeri ketika itu.
Semasa
pilihanraya awal 1980-an, Chow Yong calon tunggal MCA menang di kerusi
DUN Sungai Keladi, Kota Bharu kemudian dilantik sebagai anggota Exco
kerajaan negeri.
Difahamkan
dengan kedudukan sebagai wakil rakyat memudahkan pemimpin terbabit
mengambil kesempatan memiliki tanah diduduki penduduk kampung.
Adun
Kelaboran, Mohd Zaki Ibrahim berkata, kemungkinan pemimpin terbabit
menggunakan kedudukannya sebagai anggota Exco mendapatkan tanah bagi
kepentingan peribadi dan keluarga tidak dapat dinafikan.
Azizah
juga berharap kerajaan negeri dan pihak istana campur tangan bagi
menyelesaikan masalah tersebut kerana kehidupan mereka terumbang ambing
sekarang.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.