POLITEKNIK
Kota Kinabalu yang siap dibina pada tahun 2003 itu dikatakan mengalami
keretakan yang agak kronik pada satu blok bangunannya berikutan struktur
pembinaan yang tidak bermutu.
Pemuda PAS
difahamkan bahawa Politeknik Kota Kinabalu ini tidak pernah mendapat
Sijil Layak Menduduki (CF) daripada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), namun
apa yang menjadi tanda tanya ialah bagaimana Politeknik ketujuh di
bawah kelolaan dan seliaan Jabatan Pengajian Politeknik (JPP)
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) yang menawarkan pengajian peringkat
Diploma selama 3 tahun ini boleh 'terlepas' dan beroperasi selama hampir
9 tahun. Malah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) juga dikhabarkan
telah mengeluarkan surat bahawa institusi ini tidak selamat.
Daripada
tinjauan yang telah dilakukan, dakwaan sesetengah pihak berkaitan
dengan isu ini ada benarnya. Terdapat beberapa gambar yang disertakan
telah menunjukkan memang benar berlaku keretakan di beberapa blok
bangunan ini selain daripada bangunan di Blok B yang sedang dibaik pulih
tersebut mengalami masalah mendapan yang amat serius serius.
Berikutan
permasalahan berkenaan, Pemuda PAS turut difahamkan bahawa pihak
Politeknik berkenaan tidak lagi menerima kemasukan pelajar baru sesi Jun
2012.
Hal ini menimbulkan keresahan dan kesusahan bukan sahaja kepada
pelajar yang terbabit, malah kepada ibu bapa mereka juga turut menerima
kesan yang sama dengan terpaksa menghantar anak mereka ke Politeknik
lain sama ada di Sarawak dan Semenanjung yang memakan perbelanjaan yang
agak tinggi.
Apa
yang dikesalkan ialah, isu ini dipandang remeh oleh KPT dan JPP
walaupun ianya melibatkan nyawa dan seakan pihak KPT melalui Kerajaan
Malaysia telah langsung memperjudikan nyawa ribuan pelajar yang tidak
bersalah dalam mencari peluang pengajian.
Pemuda
PAS turut menggesa pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM)
agar mengambil langkah segera dengan membuat siasatan rapi termasuklah
beberapa kemungkinan terdapatnya unsur penyalahgunaan kuasa serta rasuah
dalam pengurusan tersebut.
Pemuda
PAS turut menyelar pihak KPT yang berselindung disebalik kemegahan
Politeknik tersebut yang jelas mempertaruhkan masa depan anak-anak serta
pelajar-pelajar dan langsung tidak mencerminkan ‘rakyat didahulukan,
pencapaian diutamakan’.
|
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.