Mantan
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Kuala Lumpur, Mat Zain Ibrahim
membidas kenyataan mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan
berkaitan kes 'Liwat I' yang dikaitkan dengan ketua pembangkang.
Mat Zaid menyifatkan perkara itu sebagai perkara tambahan yang baru sahaja difikirkan (afterthought).
Beliau yang juga pegawai
penyiasat dalam kes mata lebam Anwar pada 1998 menegaskan, Musa
sepatutnya merujuk beberapa kenyataan berkaitan.
Ia antaranya kenyataannya dalam
perbicaraan itu, kenyataannya kepada ketua pasukan penyiasat CID Kuala
Lumpur, dakwaan Musa sendiri terhadap Anwar dan kenyataan yang diberikan
Mohd Rodwan Yusof.
Menurutnya, sampel darah untuk
ujian HIV itu diambil doktor pakar Hospital Kuala Lumpur pada 28
September 1998 sewaktu Anwar ditahan polis dan beliau sendiri memberi
kebenaran untuk itu.
Menurut Mat Zain, sampel itu
diambil dan diberi berdasarkan prosedur. Namun, sampel yang sama diambil
tanpa kebenaran doktor pada 15 Oktober 1998 untuk ujian DNA.
"Doktor menegaskan sampel darah
untuk ujian HIV itu tidak sesuai untuk ujian DNA kerana prosedur untuk
sampel DNA perlu mematuhi beberapa protokol.
"Apabila Musa mengaku
menggunakan darah itu untuk ujian DNA ke atas tilam, ia secara tak
langsung bermakna beliau mengakui tidak mempunyai bukti kukuh sewaktu
beliau memberi penerangan kepada perdana menteri pada masa itu Tun Dr
Mahathir Mohamad.
"Jika tidak, kenapa Musa perlu
curi sampel darah itu dari HKL dan melakukan ujian DNA ke atas tilam
jika siasatannya lengkap sewaktu bertemu Mahathir," kata Mat Zain.
Nota :
Untuk memahami lebih lanjut tentang isu berbangkit ini .. sila baca Surat Terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim (Mantan Pengarah CID) Kepada Ketua Polis Negara entri tahun lepas.
Dalam entri itu, Datuk Mat Zain membongkar
Baca, teliti dan tolong fahamkan .. betapa bejatnya sistem kita sekarang.
Untuk memahami lebih lanjut tentang isu berbangkit ini .. sila baca Surat Terbuka Datuk Mat Zain Ibrahim (Mantan Pengarah CID) Kepada Ketua Polis Negara entri tahun lepas.
Dalam entri itu, Datuk Mat Zain membongkar
- Dendam Rahim Tamby Chik Pada DSAI
- Penglibatan Musa Hassan dalam penyelewengan bukti
- Persekongkolan antara Musa dan Gani Patail
- Rasuah yang melibatkan amaun ratusan juta ringgit diantara mereka
Baca, teliti dan tolong fahamkan .. betapa bejatnya sistem kita sekarang.
Debat Bedebik
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.