KUALA LUMPUR:
Mungkin kerana kecewa dengan teorinya yang menolak hadis sebagai sumber
kedua rujukan Islam ditolak, Kassim Ahmad (gambar - Malaysiakini) mahu
mengantung Datuk Anwar Ibrahim sampai mati.
Dia juga berkata, "Saya bersedia untuk menembak dia," kata Kassim dalam wawancaranya dengan Malaysiakini.
Ugutan
untuk menggantung sampai mati ini yang kedua keluar minggu ini selepas
anggota Parlimen Umno, Datuk Mohamad Aziz mencadangkan agar Pengerusi
Bersama Bersih, Datuk S Ambiga digantung.
Namun
cadangan itu ditarik balik beliau selepas mendapat serangan dari
kerabat BN sendiri yang sedar tindakan menyerang Ambiga telah
menyebabkan menyarakat India semakin benci kepada BN khasnya Umno.
Sikap
ini menyebabkan kerabat BN iaitu MIC dan PPP yang akan kehilangan undi
dalam pilihan raya umum akan datang sebagaimana yang berlaku dalam
pilihan raya umum 2008.
Dalam
PRU 2008, isu Hindraf dan peguam Uthayakumar menjadi isu penting orang
India sehingga majoriti mereka memberikan undi kepada calon-calon
Pakatan Rakyat termasuk PAS.
Namun Kassim agak berbeza dengan Mohamad Aziz.
Selain
menyerang Anwar dengan bahasa kesat sehingga sanggup meludah mukanya,
Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz juga menjadi sasaran Kassim.
Beliau
mengkritik keras Mursidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat. Walaupun tidak
jelas apakah maksud sebenarnya, beliau menyebut tentang budaya "feudal
ulama" dalam parti Islam itu.
Bekas
Presiden PSRM yang kritis terhadap "kasta" ulama dalam Islam itu juga
merasakan Nik Aziz terlalu didewa-dewakan di kalangan pengikutnya.
Anwar dan Nik Aziz dianggap orang penting yang menyebabkan teori hadis Kassim Ahmad ditolak ulama dan umat Islam.
Menurut
Malaysiakini, Kassim percaya Anwar berpakat dengan 'ulama' bagi
menekannya walaupun bersetuju 'secara prinsip' di peringkat awal.
Kassim
juga mendakwa, sekitar 1990-an, cadangan dialognya dengan Mufti Perak
Tan Sri Harussani Zakaria berhubung kandungan bukunya tergendala apabila
dihalang oleh Anwar walaupun Dr Mahathir didakwa sudah bersetuju.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.