Followers

Friday, June 29, 2012

Kassim Ahmad Adalah Sekutu Besar Iblis Laknatullah - MAFIABOSS




Bom-jangka (time bomb) yang meletup baru2 ini mengenai pendirian salah seekor sekutu besar iblis laknatullah yang bernama Kassim Ahmad terhadap Rasulullah SAW seperti yang pernah disiarkan di akhbar Harakah pada 31/7/00 seharusnya membuat umat Islam di negara ini tidak senang duduk dan tidak boleh tidur lena jika kita dakwa kita adalah manusia yang bermaruah. 

Bagi saya, mana2 orang Melayu yang mengaku beragama Islam jika tidak terasa terusik dan terganggu langsung dengan kenyataan ini lebih baik pergi terjun lombong tahi lagi bagus. Dan duduklah terus di dalam timbunan tahi ini sehingga mampus, kecualilah jika sudah insaf dan ingin bertaubat untuk kembali kepada Islam.

Kassim Ahmad Laknatullah telah dengan sombong dan bongkak sekali mengajak umat Islam di Malaysia dengan cara terbuka supaya mentafsir semula Hadis2 Rasulullah untuk disesuaikannya dengan keadaan semasa. Ini bermakna bahawa jika terdapat mana2 hadis yang didapati tidak sesuai dengan suasana semasa, maka hadis2 yang demikian itu mengikut pandangannya wajar ditolak saja dan tidak perlu untuk cuba diamalkan. 

Kalau si-Kassim gila ini suruh kita tolak hadis yang dhaif dan palsu tak apalah jugak. Tapi oleh kerana dia sudah berani masuk ke dalam “kawasan” hadis2 sahih yang telah pun disepakati oleh ulama’2 muktabar tentang kesahihannya, maka kebiadaban Kassim Ahmad Laknatullah ini sesungguhnya sudah jauh terlanjur dan tidak boleh dibiarkan terlepas begitu sahaja tanpa apa2 serang balas dari umat Islam yang mahu menjaga maruah agamanya.

Selain dari ini, hamba iblis ini juga telah menyatakan dengan angkuh bahawa sembahyang lima waktu sehari yang diwarisi oleh umat generasi sekarang hanyalah merupakan adat, dan bukannya syariat ketetapan Allah. Ini sekaligus memberi makna bahawa apa yang diajar oleh baginda Rasulullah mengenai syariat dan kaedah beribadat boleh diperbahaskan dan ditolak jika kita dapati ia tidak sesuai untuk kita amalkan dalam kehidupan kita seharian. Bukankah ini kerja iblis dan syaitan yang sedang berusaha untuk menyesatkan kita supaya kita akan ikut dihumbankam sekali kedalam neraka seperti nasib yang akan bakal ditanggung oleh dirinya itu?

Seruan Kassim yang mengajak umat Islam agar kembali kepada ajaran Islam sebenarnya dengan hanya berpandukan kepada Al-Quran tanpa gandingan bersama dengan sunnah dan hadis Rasulullah SAW adalah satu hal yang amat melucukan dan tidak dapat diterima oleh akal yang sihat milik mana2 makhluk yang telah mengangkat syahadah Islam. Begitu banyak sekali ayat2 Quran yang mensyariatkan agar umat Islam menerima kedua-dua sumber hukum tertinggi ini sebagai dasar agung agama Islam. 

Tak kuasa saya nak senaraikan semua dalil2 yang terlibat tersebut di sini. Tetapi entah bagaimana, si-Kassim boleh tak nampak perintah2 ini jika benar dia menyatakan bahawa Quran itu (tidak termasuk Hadis dan Sunnah) adalah merupakan sumber hukum dan rujukannya.

Allah Ta’ala dengan tegas sekali telah mensyariatkan kepada semua hamba2 Nya yang beriman dan mengaku cinta kepada Allah supaya membuktikan cinta kita kepada Allah dengan mentaati dan mengikuti segala apa yang diajar oleh Rasulullah SAW. Jika kita tunduk patuh kepada perintah ini, niscaya Allah akan kasih kepada kita dan mengampunkan dosa2 kita. Tetapi jika kita berpaling dari perintah ini, maka sesungguhnya kafirlah kita dan Allah amat murka dan benci kepada orang2 yang kafir. [An-Nisaa (3) : 32].

Mempertikaikan perintah2 dan ajaran2 Rasul juga bererti mengingkari dan mendurhakai Allah. Dan barangsiapa yang mendurhakai Allah dan RasulNya dan melanggar batas2nya, Allah mengancam akan mencampakkannya ke dalam neraka dan kekallah ia di dalamnya dengan mendapat balasan azab pedih yang sungguh menghinakan. [An-Nisaa (4) : 14]

Terdapat banyak lagi dalil2 dalam Al-Quran yang mewajibkan orang2 beriman supaya tunduk patuh secara mutlak kepada Rasulullah sebagai bukti kasih dan cinta kita kepada Allah. Tetapi saya memilih untuk mengemukakan hanya dua saja dalil seperti yang telah dibentangkan di atas. Bagi orang yang mahu memelihara aqidah mereka dengan baik, bilangan jumlah dalil sahih yang perlu dikemukakan untuk mendapat perhatian dan ketaatan mereka kepada Allah dan Rasul tidak perlu banyak2 sangat. 

Sepotong dalil yang sahih pun sudah cukup untuk meninggalkan kesan dan bekas dalam jiwanya. Tetapi bagi orang2 yang menghidap penyakit jiwa kronik seperti Kassim, menyenaraikan berpuluh-puluh dalil sahih tidak akan memberi apa2 kesan kepada mereka walau sedikitpun kerana hati mereka telah dibutakan oleh Allah disebabkan oleh sikap mereka yang dengan rela hati memilih untuk terus berada dalam kekafiran.

Semua orang yang mengaku beragama Islam boleh mendakwa bahawa dia cinta kepada Allah. Nak kata begini bukannya susah sangat kerana modal untuk melakukan ini hanyalah air liur yang basi itu saja. Tetapi tidak semua orang mampu membuktikan keikhlasan pengakuannya mengikut cara yang Allah perintah hamba2Nya lakukan kerana air liur basi sudah tidak laku lagi dalam hal ini. 

Dalam dalil yang dikemukakan di atas, Allah mensyariatkan bahawa ketaatan kita kepada Sunnah dan Hadis2 Rasulullah serta keupayaan kita untuk melaksanakan ajaran2nya secara ikhlas mengikut kadar kemampuan masing2 adalah merupakan garis pemisah yang jelas bagi membezakan samada seseorang itu akan dikategorikan sebagai seorang hamba yang cinta kepada Allah atau kufur dan derhaka kepada Allah. Dengan lain perkataan, kalau kita kata kita cinta pada Allah, kita wajib mentaati semua ajaran2 Rasulullah SAW. Tidak ada jalan lain lagi yang ada pada kita untuk membuktikan kecintaan kita kepada Allah selain dari patuh dan taat kepada segala ajaran2 dan tunjuk-ajar baginda Nabi.

Isu yang saya kemukakan di sini adalah satu isu yang tersangat besar. Ia bukan perkara kecil atau remeh kerana ia bersangkut paut dengan pendirian aqidah seseorang. Kita mesti tahu bahawa persoalan mengenai aqidah tidak boleh dikompromi atau ditafsir mengikut sesuka hati kita. Kalau tersilap gaya kita menggunakan akal yang terbatas ini dalam persoalan mentafsir ilmu tauhid, maka tergelincirlah aqidah kita dan habuan bagi ini adalah tiket percuma ke neraka yang pasti akan menjadi milik kita samada kita mahu pergi atau tidak. 

Oleh yang demikian, tanamkanlah dalam kepala dan lubuk hati kita dengan keyakinan dan iktiqad yang kukuh bahawa perkara utama yang mesti kita hargai dan tilik setiap masa untuk menjaga kesuciannya dari ternoda dengan apa2 cacat cela adalah aqidah kita. 

Ketahuilah bahawa nilai bagi aqidah yang murni tidak ada tolok bandingnya dengan apa2 sekalipun di dalam alam semesta ini. Ganjaran bagi hamba2 Allah yang mampu memelihara kesucian aqidahnya adalah kenikmatan syurga di akhirat kelak. Sebaliknya iman dan aqidah yang rosak pula akan dibalas dengan azab siksaan yang pedih di neraka selama-lamanya.

Di dalam surah Al-Hujuraat (49) ayat 2, Allah telah memberi peringatan kepada orang2 beriman agar jangan sekali2 berlaku biadab kepada Rasulullah jika kita tidak mahu aqidah kita rosak dan segala pahala amalan2 kita dihapuskan oleh Allah. Menurut kisah dari ayat tersebut, salah seorang dari kalangan para sahabat baginda telah mengeraskan suaranya sedikit semasa berbicara dengan baginda. Perbuatan ini telah menyinggung perasaan dan hati baginda, maka Allah yang Maha Mengetahui itu telah menurunkan ayat tersebut sebagai satu pembelaan kepada RasulNya dan juga sebagai peringatan kepada semua orang2 beriman supaya menjaga adab mereka ketika berurusan dengan Nabi.

Bayangkan! Kalau hanya setakat meninggikan suara melebihi suara Nabi pun Allah sudah ancam untuk hapuskan keseluruhan pahala amalan ibadat orang yang melakukan kesalahan ini, bagaimana pula jika ada pulak makhluk tak sedar diri yang hidup beribu-ribu tahun selepas kewafatan baginda tiba2 jadi samseng tak bertempat begitu angkuh sekali sanggup mempertikaikan ajaran2 dan perintah2 baginda dengan alasan bahawa tidak semua yang dilakukan atau dikatakan oleh Nabi itu benar dan sesuai dengan zaman sekarang? Tidakkah biadab namanya ini? Tidakkah perbuatan ini juga dikira sebagai mencela dan mengingkari ajaran2 Nabi? Dan tidakkah ini sikap orang yang sudah rosak iman dan aqidahnya?

Maka tidak syak lagilah bahawa makhluk bernama Kassim Ahmad yang merupakan anak didik dan sekutu besar kepada iblis laknatullah ini sebenarnya merupakan seekor makhluk yang sungguh keliru dan jauh tersesat sehingga begitu terserlah sekali kekafirannya. Kebiadabannya mengajak orang ramai agar mengikutinya mempertikaikan ajaran2 Rasulullah adalah sesungguhnya merupakan satu cabaran yang sombong terhadap perintah2 Allah. 

Walaupun jika yang dipertikaikan itu merupakan hanya satu sahaja perintah atau ajaran Rasulullah dari beribu-ribu lagi perintah2 dan ajaran2 baginda yang lain, perbuatan sedemikian rupa tetap haram dan terlarang bagi sesiapa yang mengaku beragama Islam. Hukum kafir tersabit ke atas sesiapa yang melakukan kesalahan ini dan tempat baginya adalah di dalam neraka Jahanam kecuali jika dia sempat insaf dan bertaubat sebelum Malaikat Maut menemuinya.

Jika kekeliruan dan kesesatan Kassim ini disimpan untuk dirinya sendiri, lantaklah dia. Tidaklah akan saya serang dan cerca dia hingga sebegini rupa tanpa apa2 rasa belas kasihan sedikitpun kepadanya. Tetapi oleh kerana dia memilih untuk menyesatkan orang ramai agar mengikutnya supaya bersama-sama dihumban ke dalam neraka, maka saya tidak ada cara lain dari mengambil sikap untuk menyerangnya sepuas-puas hati saya kerana maruah saya terletak pada agama saya, yakni Islam. Tidak wajar bagi saya berdiam diri dan bersikap seperti tidak ada apa2 yang perlu saya lakukan untuk membela mertabat Rasulullah apabila baginda dihinakan sedemikian rupa oleh seekor makhluk munafiq yang begitu menonjol sekali cita2nya untuk menghancurkan Islam dari dalam.

Dengan mengambil sikap yang tidak hormat kepada Rasulullah, sesungguhnya Kassim Ahmad adalah musuh baginda, musuh Allah, dan musuh Islam yang nyata. Selagi dia tidak bertaubat dan kembali ke jalan Islam yang sebenar, selagi itulah saya akan memeranginya dengan apa yang terdaya oleh saya, termasuk memberi ingatan kepada orang ramai agar tidak cenderung untuk terikut walau sedikitpun seruan dari anak iblis seekor ini. 

Kita semua harus tahu bahawa orang2 Islam memang disuruh bertaksub dan bersikap fanatik hanya kepada Allah dan RasulNya sahaja. Selain dari ini, memang tidak ada tempat untuk kita mencurahkan ketaksuban kita. Oleh itu, kalau kita tidak rasa terhiris hati dengan kenyataan Kassim, tilik baliklah dalam diri tentang status aqidah masing2.

Sebenarnya, apa yang paling menarik sekali disebalik isu ini ialah pengumuman yang telah dibuat oleh Kassim kepada ahli2 kumpulan sesatnya yang bergelar Jamaah Al-Quran Malaysia pada 5-17 Jun lepas dalam majlis perjumpaan mereka di Penang. Dalam majlis tersebut, Kassim diberitakan telah melahirkan penghargaannya yang tinggi kepada Tuan Hj. Mahathir Mohamed yang merupakan salah seorang penyokong dan pendokong kuat kepada gagasan kumpulan sesat dan menyesatkan yang diketuai oleh Kassim itu. 

Rupa2nya Hj. Mahathir inilah yang Kassim kata telah melindungi dan menaungi aktiviti2 kumpulan sesat ini serta memberi ruang yang secukupnya kepada mereka untuk bergerak bebas menyampaikan seruan2 dan dakwah2 sesat ini kepada orang ramai selama ini. Patutlah si-Kassim ni berani berlaku biadab rupa2nya! 

Kalau dakwaan Kassim mengenai sokongan Hj. Mahathir kepadanya tidak benar, saya kira Hj. Mahathir wajib menyangkalnya secara terbuka untuk meyakinkan orang ramai bahawa Hj. Mahathir bukanlah seorang yang anti-hadis. Tetapi oleh kerana Hj. Mahathir masih lagi tidak mengeluarkan apa2 kenyataan untuk menafikan dakwaan Kassim sehingga hari ini, maka tidak dapat tidak saya mempercayai bahawa dakwaan si-Kassim gila itu terhadap Hj. Mahathir adalah benar.

Sekarang cuba kita fikir baik2. Kalau minda Kassim laknatullah ini adalah sama dengan minda syaitan, minda penyokong kuatnya yang bernama Hj. Mahathir itu bagaimana pula? Bukankah kepala hotak mereka semuanya sama saja dari satu acuan yang telah disediakan dan dipelihara oleh syaitan? Kalau tak, takkan mereka boleh duduk bersekongkol? Maka, saya kira tidak hairanlah bagi kita sekarang mengapa Hj. Mahathir sanggup melindungi dan meng-imarahkan segala kegiatan2 maksiat dan kemungkaran yang sedang berlaku disekeliling kita.

Sesungguhnya, manifestasi kepada betapa tenatnya penyakit aqidah dan jiwa yang sedang dialami oleh Pak Aji Mahathir ini telah menyebabkan kerosakkan yang begitu hebat sekali kepada masyarakat Islam di negara ini. Hinggakan orang2 non-Muslim yang lain pun tidak lagi berasa segan silu untuk memperlekehkan dan menghina kesucian agama Islam secara terbuka seperti yang dilakukan oleh seekor Hindu mabuk todi bernama Radhakrishna Muttiah dalam sebuah tulisannya di laman web Malaysiakini baru2 ini. 

Dan yang paling menyedihkan sekali ialah tanpa disangka2, rupa2 terdapat begitu ramai sekali suara2 sumbang dari orang Melayu mengaku beragama Islam yang telah mengambil sikap untuk menyokong pendirian Hindu tersebut seperti yang mereka luahkan dengan bangga sekali dalam laman web tersebut. Beginilah nasib Islam di dalam negara yang kononnya berbangga sekali mendakwa bahawa ia adalah negara Islam contoh di dunia pada hari ini. Islam dipinggirkan, dihina dan diperlekeh di bawah batang hidung kita sendiri pun kita langsung tidak ada apa2 rasa sensitif terhadapnya. Betapa dayusnya kita!

Bangunlah wahai kamu semua yang mengaku beragama Islam. Bangunlah dari lamunan kamu yang selama ini dibuai oleh tipudaya iblis laknatullah. Cukuplah maruah agama kita dihinakan sebegini rupa. Janganlah biarkan ia terus dipijak-pijak begini. Mari kita semua kembali kepada Islam secara menyeluruh, dan marilah kita bentengi diri kita dari disambar oleh api neraka dengan ilmu yang sempurna dan jihad melaksanakan amar maaruf nahi mungkar yang tidak mengenal penat. 

Kalaulah Pak Aji Mahathir ini boleh bersetuju dengan saranan2 si-Kassim ini seperti yang telah dibincangkan di atas, apa lagi yang boleh kita harapkan dari minda2 syaitan ini? Dengan segala kuasa yang telah diberikan oleh rakyat Malaysia kepada tangan2 mereka untuk memerintah negara ini sesuka hati mereka, adakah kita boleh yakin bahawa aqidah anak cucu kita akan selamat di negara ini?

Oleh: Tok Misai

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.