"Marah pada Tun Abdullah Ahmad Badawi, Tun Mahathir Mohamad boikot kempen pilihanraya Dun Sungai Pinang negeri Sembilan tidak lama dulu.
Bukan setakat itu saja, Tun Mahathir Mohamad keluar umno dan masuk semula setelah Tun Abdullah meletakkan jawatan perdana menteri dan menyerah presiden umno kepada Datuk Seri Mohd Najib Razak.
Demikianlah marahnya bekas perdana menteri kepada perdana Menteri ke 5 yang menggunakan alasan bahawa Tun Abdullah membenarkan rasuah berleluasa zaman memerintahnya.
Kebetulan calon yang bertanding di DUN Sungai Pinang, Tan Sri Isa Samad yang terbabit dan telah disabit melakukan rasuah.
Betul ke begitu, sehingga Tun Mahathir bertindak keluar umno dan telah berikrar tidak akan masuk semula sekiranya Tun Abdullah tak letak jawatan.
Betul ke begitu, sehingga Tun Mahathir bertindak keluar umno dan telah berikrar tidak akan masuk semula sekiranya Tun Abdullah tak letak jawatan.
Persoalan yang timbul Adakah zaman dia
memerintah selama 22 tahun itu tiada rasuah atau rasuah zaman
pemerintahan Datuk Seri Najib sudah hapus atau indeknya turun mendadak
membuat Tun Mahathir turun berkempen.
Kini Tun
Mahathir turun padang untuk berkempen bagi pihak perdana menteri 1
malaysia. Bukan setakat berkempen, malahan telah menfitnah Datuk Seri
Anwar Ibrahim sedemikian rupa.
Kita tidak hairan
dengan fitnah yang dibuat Tun Mahathir terhadap Anwar Ibrahim
dikebanyakan bicara negarawan, kerana fitnah itu adalah ujian kepada
seseorang manusia diatas muka bumi Allah ini.
Saya
tengok Anwar sudah lulus beberapa ujian dan mungkin banyak lagi fitnah
untuk menguji Anwar Ibrahim yang dikatakan bakal perdana menteri ke 7
selepas PRU 13 nanti.
Tun Mahathir Mohamad,
dalam majlis bicara negarawan anjurkan Yayasan Islam Terengganu di
Stadium tertutup Gong Badak Kuala Terengganu pada 3 Mei 2012 Jam 9.00
pagi mengulangi fitnah terhadap Anwar.
Tun
Mahathir yang mengaku idolanya ialah Nabi Mohammad SAW tak wajar
melakukan fitnah pada seseorang. Apa tah pada Anwar Ibrahim tokoh yang
beliau sanjung dulu itu.
Nampak dengan jelas Tun
Mahathir cuba dengan sedayaupaya dan bekerja keras berkempen untuk
menburuk buruk reputasi Anwar dan membersihkan nama Najib yang tercalar imejnya.
Disamping itu, tidak
ketinggalan disentuhnya juga pasal hukum hudud yang diluluskan
enakmennya oleh kerajan Kelantan.Kita tidak tahu mengapa Tun Mahahthir
sangat tidak berkenan dengan hukum Allah.
Tranungkite Online
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.