Pengerusi
Lajnah Undang-undang dan Hak Asasi Manusia PAS Kelantan, Hisham Fauzi
berkata, kenyataan bekas ketua polis negara terbabit jelas tidak matang
dan bersifat fitnah.
“Oleh
itu kami memberi tempoh 24 jam untuk Rahim menarik balik kenyataan
tersebut dan memohon maaf secara terbuka kepada Tuan Guru Nik Abdul
Aziz.
“Sekiranya
beliau didapati gagal menarik balik kenyataan fitnah tersebut, kami
tidak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah terhadapnya,”
katanya di sini.
Bekas
Ketua Polis Negara itu dalam kenyataan dalam sebuah akhbar berbahasa
Inggeris hari ini melabelkan Tuan Guru Nik Abdul Aziz sebagai “bapa
kafir” kerana dianggap mengelirukan umat Islam ekoran kenyataannya wajib
menyokong Bersih 3.0.
Sebelum
ini Menteri Besar Kelantan meminta rakyat keluar beramai-ramai pada
himpunan Duduk Bantah pada 28 April lalu sebagai tanda membantah
ketidakadilan dan kewujudan daftar pemilih yang meragukan.
Hisham
berkata, kenyataan Rahim begitu melulu sekali dan langsung tidak
mencerminkan seseorang yang memegang jawatan tinggi dalam pasukan polis.
Oleh
itu kata beliau tindakan undang-undang akan diambil sekiranya bekas
ketua polis terbabit tidak menarik balik kenyataan dan memohon maaf
dalam tempoh ditetapkan.
Kerengga
ne suatu ujian bagi TGNA , jika TGNA nak minta tolong Allah kerana membuat tuduhan KAFIR terhadap beliau, tak tauklah apa akan jadi kat polis yng menumbuk DSAI sehingga mata menjadi lebam nih... bertaubatlah ko Rahim Noor ooi...
ReplyDelete