Badan
hak asasi manusia, Suaram, akan mendedahkan maklumat lanjut mengenai
samannya dalam kes Scorpene di Bangkok, Thailand esok, kerana peguamnya
dari Perancis sehingga ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki
Malaysia.
Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand.
Brehem (kiri) dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya Cynthia Gabriel dan peguamnya Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudiannya mengenai perkembangan baru dalam kes kapal selam Scorpene yang difailkan oleh badan hak asasi manusia di Paris.
Gabriel berkata ia akan diadakan di Kelab Wartawan Asing di Thailand untuk mendedahkan lagi butiran hasil siasatan awal pihak pendakwa serta perkembangan terbaru kes tersebut.
Breham sepatutnya melawat Malaysia minggu ini, tetapi permohonannya untuk mendapatkan visa kerja untuk memasuki negara, masih belum diluluskan pihak berkuasa Malaysia.

Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.