Followers

Saturday, May 26, 2012

PRU13: Umno makin tertekan, huru-hara mungkin berlaku? - Oleh: Inimajalah

Pilihanraya Umum Ke-13 (PRU13) belum berlangsung dan Umno-Barisan Nasional (BN) belum kalah  walaupun banyak petunjuk dan spekulasi menjangka parti itu akan kecundang dalam pilihanraya kali ini.

Walau belum kalah dan Umno-BN masih menjadi pemerintah negara ini, sudah ada banyak petunjuk yang parti itu dan penyokongnya sedang mengalami tekanan dan ketakutan yang hebat terhadap kemungkinan mengalami kekalahan, sekali gus  hilang mandat kuasa dalam PRU13.

Tanda-tanda itu dapat dilihat daripada beberapa insiden keganasan dan kacau-ganggu terhadap ceramah atau program anjuran Pakatan Rakyat (PR) di beberapa tempat di seluruh negara sebagaimana dilaporkan pelbagai web, blog dan laman sosial Facebook sebelum ini.

Terbaru, malam tadi ceramah Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Lembah Pantai yang turut disertai Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan anaknya Nurul Izzah Anwar dicemari insiden keganasan apabila pemimpin dan hadirin dilempar batu dan telur. Ketegangan dilaporkan berlangsung sejak sebelum ceramah bermula.

Kejadian membaling batu itu dilapor menyebabkan kecederaan.

Ironinya. tidak ada pula laporan mengenai ceramah atau program anjuran Umno-BN dicemari keganasan atau kacau-ganggu oleh penyokong PR setakat ini.

Semua petunjuk ini menampakkan Umno-BN dan penyokong sedang tertekan. Adakah ini bermakna Umno-BN dan penyokongnya tidak bersedia serta berlapang dada jika ditakdirkan kalah dalam PRU13? Natijahnya, mungkinkah rasa tidak puas hati akibat kekalahan itu akan menyebabkan tercetusnya huru-huru?

Sekarang Umno-BN belum kalah, tetapi berdasarkan beberapa insiden keganasan dan kacau-ganggu penyokong Umno-BN terhadap program dan ceramah PR, penyokong parti pemerintah itu ternampak amat ‘kepanasan’ – mungkin akibat lonjakan sokongan yang diterima PR.

Bagaimana jika dalam PRU13, Umno-BN memang kalah dan hilang tampuk kuasa?

Pihak yang sudah biasa dengan kekalahan akan dengan mudah menerima kekalahan, tetapi pihak yang sudah berpuluh tahun tidak mengenal erti kekalahan, mungkin amat tidak arif bagaimana untuk menyerap terima takdir kekalahan itu.

Dan, huru-huru bukan sahaja boleh berlaku kerana ada faktor untuknya berlaku; huru-hara juga boleh berlaku jika ia dicipta untuk berlaku! – inimajalah.com"



Tranungkite Online 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.