Dulu
di kampungku terdapat sebuah surau separuh batu separuh kayu, menjadi
tempat warga desa mendirikan solat fardu berjamaah, sekarang surau itu
sudah tiada lagi kerana di atas tapaknya dibina sebuah masjid mukim.
Waktu
itu seorang imam dengan sukarela mengetuai imam solat, sekaligus
mengajar fardu ain untuk warga desa terutama muslimat. Bila ada majlis
tahlil, sang imam ini dijemput mengetuai pembacaan tahlil. Justeru
beliau layak dikatogerikan sebagai antara tok lebai yang disegani di
desa ku.
Pada
awal beliau menjadi imam dan mengajar agama kepada warga, ramai jamaah
datang mengikuti kuliahnya terutama kuliah Maghrib dengan menadah kitab.
Tapi tiga atau empat tahun kemudian jamaah semakin berkurangan. Ramai
yang tak mahu bersolat dengan berimamkan Tok Lebai itu lagi. Mengikuti
kuliahnya juga tak mahu. Akhirnya tinggal beberapa orang saja yang “malu
mata” untuk melarikan diri darinya.
Bila
ditanya kepada warga, mengapa kalian tak ikut bersolat di surau Tok
Lebai Pakcu, masing- masing menjawab “ Tok Lebai Pakcu Paie tu dah
berubah, tidak lagi seperti mula-mula dulu. Dulu bagus. Sejak
akhir-akhir ini beliau kutuk Tok Guru Nik Aziz Nik Mat habis-habisan
dalam kuliahnya”.
Perubahan
mendadak Tok Lebai Pakcu itu kononnya setelah beliau mendapat sedikit
habuan daripada pemimpin UMNO setempat, sebelumnya tidak begitu. Ramai
warga desa puji beliau. Ilmunya lumayan setakat untuk mengajar fardu ain
warga desa.
Dari
sehari ke sehari sumpah saranahnya kepada Tok Guru Nik Aziz semakin
kuat dan lantang, sehinggalah suatu hari Tok Lebai Pakcu jatuh sakit.
Permulaannya kurang selera makan, disertai dengan tak boleh bercakap.
Dibawa
ke hospital, pernah tinggal di wad, tapi menurut keluarganya, doktor
yang merawat memberitahu, masih belum dikenalpasti penyakit apa
menyerang Tok Lebai Pakcu.
Saya
sempat menjengok beliau. Saat itu tubuh badannya seperti papan
sekeping, tersangat kurus. Suaranya hilang. Hanya dua biji mata
bergerak-gerak sebagai tanda isyarat kepada keluarganya, meminta air.
Abang
ipar saya yang kerap menziarahinya kerana kebetulan rumahnya berdekatan
memberitahu; katanya kelmarin keluarga terdekat Tok Lebai Pakcu
membisik kepada Pakcu “ Pakcu, kalau ambo gi minta air tawar (air doa)
Tok Guru Nik Aziz lagumana, nak minum kah?. Pakcu banyak buat salah
kepada dia, dok kata macam-macam kat Tok Guru, sedang Tok Guru tak buat
salah apapun kepada Pakcu.”
Mendengar
kata-kata keluarganya itu, serta merta terbuka biji matanya, kepalanya
bergerak-gerak, seolah-olah bersetuju dengan cadangan keluarganya. Tapi
saat itu Tok Lebai Pakcu hampir nazad. Beliau menutup usia beberapa jam
selepas itu.
Saya
tidak mahu meletakan sakit dan matinya dikeranakan Tok Guru Nik Aziz
Nik Mat. Sakit serta ajalnya sudah ditentukan Allah SWT.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.