Tidak
ramai yang sedar apa Tun Hanif Omar, bekas Ketua Polis Negara fikir
tentang Bersih 3.0 sebelum 28 April lalu.Tidak ramai yang ambil tahu apa
dibuatnya selepas bersara.
Tetapi
apabila Menteri Dalam Negeri Datuk Hishammuddin Hussein mengangkatnya
sebagai pengerusi jawatankuasa menyiasat kekacauan yang berlaku antara
polis dan penunjuk perasaan Bersih 3.0, maka namanya segera menjadi buah
mulut rakyat.
Sekalian
yang menuntut pilihanraya bersih dan adil mengiranya anti tindakan
tuntutan lapan perkara yang dirumuskan oleh Bersih 2.0 Julai tahun lalu.
Dalam
kesibukan orang hendak menghadapi PRU 13, orang mahukan perubahan
politik dan mahu menawan Putrajaya, tiada siapu peduli dengan Tun Hanif
dan apa dia buat.
Dengan seorang dia membuat komen tentang Bersih 3.0 itu begitu dan begini, pandangannya dikira seperti anjing menyalak bukit.
Tetapi
setelah polis berkelahi dengan golongan pro pembaharuan dan pro
demokrasi, maka Tun Hanif diangkat untuk menjadi hakim kepada perbalahan
itu, maka orang mengiranya seperti menyerahkan kes itu kepada hakim
beruk. Atau bagi satu perbicaraan seperti bersaksi ke lutut.
Semua
pihak yang hendak diadili tidak menyambut perlantikan Tun Hanif itu.
DAP, PAS dan PKR menolaknya dan tidak akan bekerjasama dengan
jawatankuasa itu. Majlis Peguam dan Suhakam juga mengira Tun Hanif tiada
wibawa dan kelayakan untuk menjalankan tugas itu.
Yang menyokongnya NGO yang diketuai oleh Norain Mai saja. Ia adalah NGO vetren polis.
Bukan
saja orang tolak perlantikannya, malah mereka berikan alasan mengapa
dia tidak layak menjadi ketua penyiasatan itu. Malangnya Tun Hanif pula
seronok dengan perlantikan itu dan mempertahan kelayakannya terhadap
komen awal orang tidak setuju dengannya.
Sepatutnya
sebagai orang yang cukup lama mengetuai angkatan polis, di bawahnya ada
unit yang mengkaji dan memantau suasana politik negara, dia tahu akan
natijah dan reaksi politik bila dia menerima perlantikan itu. Alasan
kelayakannya tidak dapat diterima oleh orang yang terlibat apabila dia
dikatakan membuat komen pra Bersih 3.0 menyamakan unjuk rasa itu dengan
gaya komunis.
Hak
dan kebebasannya untuk berkata apa tentang Bersih 3.0 tetapi dia tidak
boleh menjadi hakim kepada masalah itu setelah dia berkata begitu.
Tetapi
isu Hanif Omar itu sudah tidak penting lagi sekarang. Tiada apa hasil
yang dapat dibuatnya apabila seluruh warga Bersih 3.0 tidak menerimanya.
Yang orang patut perhatikan sekarang ialah kebijaksanaan menteri
Hishammuddin Hussein mengangkat warga emas itu mengepalai jawatankuasa
itu.
Tun
Hanif tidak ada apa-apa kepentingan politik, tetapi Hishammuddin punya
banyak kepentingan politik. Dia diperhatikan bagaimana hendak
menyelamatkan politik Perdana Menteri, menyelamatkan politiknya sendiri
dan memulihkan imej polis yang dipersoal orang?
Dengan
dia melantik Tun Hanif, Tun Hanif tiba-tiba jadi orang yang dipertikai.
Khidmat baiknya sebelum ini tidak dapat membantunya menjadi orang
disukai semua dalam kegawatan politik dan keamanan sekarang. Kerana
Hishammuddin mengangkatnya, dia tidak lagi dilihat seperti suasana
sebelum dia dinamakan ke jawatan itu.
Dengan
mengangkat Tun Hanif, keupayaan Hisham menyelesaikan krisis keyakinan
terhadap polis dipersoal. Perlantikan itu tidak dilihat bijak. Maka
menteri Hisham dilihat menteri yang tidak bijak dan malah tiada wibawa.
Gara-gara pemilihan yang dibuatnya sudah memalukan Tun Hanif. Berjuta
orang sedang membincangkan Tun Hanif begitu dan begini.
Hisham
dikira gagal lagi. Disamping dia telah meletakkan Tun Hanif dalam
keadaan kurang selesa, dia tidak membantu Perdana Menteri Najib
meringankan masalah dan ketempangan politiknya tentang sistem
pilihanraya kotor di bawah SPR.
Dia
tidak buat apa-apa bagi menjernihkan imej polis. Polis di bawahnya
seolah-olah mengamuk sekarang, memburu peserta Bersih 3.0 yang
dikehendakinya. Dia sebenarnya gagal menyelesaikan gaduh antara polis
dan penunjuk rasa.
Apa
dia hendak buat tentang perlantikan Hanif Omar? Dia sedang membuktikan
dirinya seorang menteri yang gagal. Hanif tidak dapat membantu polis dan
negara sekarng.
Jangan
salahkan Tun Hanif dan jangan salahkan polis, tetapi yang salah dan
gagal ialah menteri Hishammuddin Hussein. Kegagalannya menyebabkan semua
bercempera.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.