Followers

Tuesday, May 1, 2012

Gambar Najib Bermuram Durjana Selepas Himpunan Bersih 3.0 - Posted by Addin

 
Najib Razak: Jarang tenguk berwajah muram
Dengan kuasa yang ada kepadanya Ha Najib Razak telah mengarahkan Polis dan semua unit yang diberi tangugngjawab menghalang, memobilisasikan atau membuat provaktif himpunan raksasa terbesar negara Bersih 3.0 buat laporan (post mortem) mengenai apa yang berlaku. 
 
Mereka terlibat termasuk KPN, Ismail Omar juga sudah bersiap sedia mengarahkan anak buahnya. Sebaik selesai himpunan semua unit menjalankan tugas menyiapkan segala macam laporan dan analisa.
 Asas penting dalam laporan dan analisa dari semua unit-unit itu dan semua jabatan ialah berikan gambaran bahawa kerajaan (Najib) di pihak yang benar. Gambarkan sebanyak-banyaknya bahawa Berih 3.0 - merujuk kepada peserta, penganjur dan parti politik yang mengambil kesempatan darinya adalah salah, salah dan salah tanpa ada sekuman hati anak kuman kurus pun kebenarannya.

Pusingkan perasaan dan jiwa (reverse psikologi) rakyat agar rakyat benci kepada Bersih paling utamanya benci kepada oposisi - bencikan kepada Anwar Ibrahim, benci Nik Abdul Aziz Nik Mat, benci Lim Guan Eng dan lain-lain. Kerja membuat fitnah dan memusingkan fikiran dan hati rakyat (reverse psikologi) sudah pun dimulakan oleh media massa PB, sejak semalam dan beberapa minggu sebelumnya media massa PB telah menjalankan kerjanya provokasi dan propogandanya. Semalam adalah kemuncak kerja mereka yang akan berterusan sehingga ke nafas terakhir.


Seperti yang telah saya catatkan dan andaikan bahawa ada kerjasama jahat (kolobrasi) di antara media dengan unit-unit kerajaan khasnya Polis DiUmno Malaysia. Yang jelas kejadian membalikkan kereta polis, dirakam kemudian diberikan gambaran yang peserta Bersih lakukan, sedang siapa yang melakukan belum dipastikan. Laporan dan analisa mengenai itu masih berbaur benar dan tidak dan sangat mengelirukan. Kereta itu akan dijadikan replika kejatan Bersih 3.0.


Mengenai kejadian itu pihak Bersih mengatakan polis yang melakukannya untuk provok himpunan dan memberi gambaran peserta Bersih jahat, rakus dan khianat. Apa yang mereka harapkan kejadian itu dirakam oleh media kemudian diulas dan dianalisa sebaik mungkin sepanjang masa menjelang pilihan raya. Dan itu berhasil namun impaknya belum tentu, rakyat sedang membaca dan sudah pun menghafal segala tektik dan kejahatan Umno.


Bukan itu saja banyak keraguan atas beberapa insiden lain yang berlaku, misalnya insiden motorkar polis kena tendang dan juga acara mengunting gelong dakwai secara profesional kata Mat Sabu, yang bagi saya pasti ia bukan kerja para peserta kerana mereka ke situ dengan satu hajat saja untuk duduh dan bantah. Adapun kenapa mereka 'berbenyei' bertaburan lari lintang pukang apabila polis melepaskan gas pemedih mata, sembur air kemudian mengejar dan membelasah mereka macam membelasah anak kucing kesejukan.


Apakah ketika itu polis sudah berada di tahap psikologinya tertekan seperti kata Najib. Najib berkata peserta Bersih memberi tekanan psikoligi kepada polis. Rasnaya tidak ada sebiji batu dilontar dan terkena di atas kepala polis, saya lihat ada beberapa yang sudah luruh rambut, licin dan berminyak saja tanpa ada apa-apa gurisan dan benjolan.


Kalau belum ada batu jatuh atas kepala polis, atau kasut melayang ke muka polis, tetapi polis sudah bertindak ganas mengikut SOP kata menterinya, ertinya rendahnya tahap psikologi polis Malaysia? Kalau kerana acahan dengan nyanyian dan syarahan suhu badan polis sudah menggelegak lemah sangatlah mental polis kita. Pondan sangatlah mental dan fizikal polis Malaysia.


Barang kali Hishmuddin perlu meminta peruntukan tambahan bagi memberi kursus pembentukan minda sihat dan fizikal kental anggota polis kita agar mereka tidak mudah menjadi anjing kemabukan yang menyondor apa saja yang ada di hadapan, hatta pembahagi jalan apabila diejek oleh rakyat!


Saya percaya laporan dari semua unit yang dibawah kawalan dan pengawasan polis sedang disiapkan. Semua orang bertungkus lumus menyiapkan secepat mungkin kecuali satu dua yang cedera akibat terpukul sesama sendiri selepas tanda di tangan terlucut kerana kegaduhan mengejar para himpunan. Pun begitu kesakitan mereka tidak ada masalah kerana Najib sudah pun melawat mereka di hospital dan mungkin menjanjikan imbuhan atas kerjas baik tetapi kesan sebaliknya yang mereka lakukan.


Laporan yang dikehendaki Najib sudah pun diberi mesejnya, iaitu polis kononnya diasak oleh himpunan. Polis diberikan tekanan saikologi oleh himpunan. Mesej ini untuk menggambarkan polis baik, polis bagus, polis bertimbang rasa dan polis orang, bukan binatang. Itu yang Najib inginkan.


Cara Najib itu satu helah untuk menghadapi tekanan rakyat ketika itu. Tetapi Najib harus berfikir apakah cara itu menguntungkan atau menambahkan kemarahan rakyat? Tindakan itu tidak profesional dan mencerminkan Najib bukan seorang PM yang mengdahulukan rakyat. Tidak baik bagi Najib mereka-reka cerita untuk mengekalkan kekuasaanya. Kejahatan bagaimana dibungkus dan dibaluti akhirnya ia akan berbau juga. DNA tidak akan berbohong apakah anak yang lahir dari rahim isteri kita anak kita atau anak siapa?


Dalam situasi ini lebih baik Najib mengaku bersalah sahaja. Misalnya tindakan beliau melawat wartawan yang dibelasah polis dan meminta maaf bagi pihak polis baik tidak adil dan bersifat pilih kasih. Langkah Najib itu juga membelakngkan rakyat yang mempunyai kuasa unti sama nilai dengan wartawan itu. Najib tidak sepatutnya melawat hanya wartawan dan polis tetapi mangsa lain juga. Kenapa dia memisahkan status rakyatnya dalam keadaan begitu.


Rakyat lain tentu akan berkecil hati dengan Najib. Mungkin golongan wartawan akan gembira. Tetapi bagaimana dengan rakyat. Wartawan hanya boleh menulis mengikut kehendak Najib - itu belum tentu tertunai. Tetapi rakyat adalah penentu termasuk yang sakit dan terlantar di katil hospital kerana dibelasah polis.


Najib juga memberi tahu pihak polis akan mendedahkan banyak lagi rakaman di sekitar himpunan itu. Iya memang polis ada ribuan rakaman menunjukkan kesadisan rakyat, termasuk mungkin membelasah polis aampai tercabut hidung. Rakaman yang lebih dahsyat dari itu persis meletusnya kota Heroshima dan Nagasaki pun boleh direka cipta. Tetapi seperkara saya nak tanya Najib apakah rakyat yakin dengan segala rakaman itu. Rakyat sudah memahami akan hal rakaman ini. Iya boleh direka dengan seribu daya, otat rakyat bukan sekemetot otak sesetengah menteri.


Itu rakaman mengenai video Anwar Ibrahim kononnya sedang menyundal pelacur, sepatutnya sudah cukup untuk menghancurkan kerjayaan Anwar dan partinya. Video itu ditayang siang malam macam tayangan perdana di tv. Tidak cukup itu semua golongan masyarakat dan pemimpin termasuk imam dan mufti dihantar video berkenaan.


Gara-gara video songsang itu rakyat seluruh Malaysia seharusnya sudah meninggalkan perjuangan Anwar. Ceramah Anwar sepatutnya tidak ramai, seperti ceramah Perkasa(m) dan Ngo beras kampit. Sepatutnya begitu? Tetapi apa hakikatnya semua ceramah Anwar didatangi ribuan manusia malahan ada mencecah puluhan ribu. Natijahnya juga kenapa, sebab terlalu banyak dan terlalu besar kepalsuan yang dibuat Umno. Cis...


Orang tidak percaya kepada rakaman video begitu. Rakyat sudah lali dan mangli dengan penipuan UBN. UBN meniupu sejak dari dalam kandungan sampai ke liang lahad? Aduh. Cis lagi sekali.


Saya mengira tektik hendak mengabui dan mempengaruhi otak rakyat dengan bentuk-bentuk rakaman aksi provokasi begitu tidak akan menguntungkan UBN. Rakyat tidak akan berubah dan berganjak dari rasa marah dan bencinya. Iya apabila kebencian sudah tertam kemas di hati maka yang akan tumbuh membesar dan melebar pokok pemberontakan. Bersih 3.0 itu adalah tunas pemberontakan! Kalau Najib gagal membendung dan membantutkannya api pemberontakan akan menyala dan menyelar hangus UBN.


Kalau saya jadi Najib (harap tidak jadi seperti Najib hari ini), saya bukan memohon maaf kepada wartawan, tetapi memohon kepada semua mangsa akibat Bersih itu. Najib haus gentlemen di dalam hal ini. Beliau harus mengeluarkan kenyataan di tv memohon maaf kepada semua terlibat dan mendapat kelukaan dan kecederaan. Beliau boleh opologitik, bahawa kejadian itu bukan atas kehendak kerajaan tetapi pilihan rakyat sendiri. Justeru dalam soal ini kerajaan tidak boleh diperslaahkan. Kalau itu bahasa dan tatabudi luhur Najib dia akan dihormati setinggi penghormatan masyarakat India kepada Mathama Ghandi.


Dengan menuduh orang itu perlu bertangungjawab orang ini perlu mengambil risiko sedangkan kita sebagai ketua dan kepala kerajaan rasa tidak bersalah dan maksum adalah sangat 'domba' dan 'gumba' sekali. (Bahasa apeh ni) Najib tidak boleh anggap selamanya dan semua tindakan dan aksinya berada dalam keadaan betul dan benar, kerana fitrah manusia itu sendiri comot dan kotor. Manusia lahir dari segumpal darah yang hanyir dan busuk, (lebih busuk dari jubah ulamak janggut serabut) ditiupkan roh (Muhamamd) kemudian keluar untuk menjadi khalifah. Najib kena faham ini dan kena belajar ini. Islam itu bukan setakat syariat, tariqat dan hakikat saja tetapi kena makrifat.


Saya berkeyakinan jikalau Najib bersikap gentlemen turut sama mengambil risiko dan mengaku kesalahaan rakyat akan bersimpati kepadanya. Mungkin kalau tidak separuh yang berhimpun eeramai 250,000 itu menyokong UBN, tetapi sesuku (80,000) akan menyokong UBN. Jib... tidak akan hilang bisa ular kalau pun menyusur seribu akar. Tidak menjadi masin ikan di laut walaupun berkurum bertapa di samudra. ~
mso


Addin77

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.