Followers

Saturday, April 28, 2012

TERKINI JAM 11 PAGI - Sudah lebih 15 Ribu MENGGEGARKAN KL !!


TERKINI!!


Beberapa butir bom dijumpai oleh pihak Polis Diraja Malaysia berhampiran bangunan Dayabumi kununnya diletakkan oleh individu yang tidak dikenali.


Sumber polis mengesahkan bom tersebut dijumpai anggotanya kira-kira jam 1035 pagi tadi dan menerusi laman mikroblog Twitter milik mereka, ia berjaya di bawa keluar dengan selamat.


Sementara itu, lebih 7000 orang sudah berkumpul di sepanjang Jalan Tun Perak menghala Dataran Merdeka setelah perkhidmatan LRT Bukit Jalil-Sentul Timur tidak berhenti di stesen Masjid Jamek atas arahan polis.


Manakalan di Brickfileds pula, lebih 6000 peserta sudah berkumpul melibatkan beberapa pemimpin antaranya Speaker DUN Perak yang sah, V Sivakumar dan Thomas Su.


Di Pasar Seni, Pengerusi Bersama Gabungan Pilihanraya Bersih Dan Adil (BERSIH) A Samad Said mengetuai lebih 4000 orang berkumpul di sekitar kawasan tersebut sehingga Petaling Street.


Di KL Sentral, perkhidmatan KTM Komuter dikhabarkan penuh sesak dengan ribuan peserta bagaimanapun mereka diarahkan turun di stesen tersebut atas arahan pihak polis.


Pengerusi bersama BERSIH, Ambiga Sreenevasan sudah berada di Pasar Seni setelah tiba dari Masjid Negara yang jumlahnya kira-kira 1000 orang.


Anggaran peserta BERSIH terkini setakat jam 11 pagi ini di kesemua enam lokasi yang ditetapkan penganjur adalah 15 ribu orang, dan ia semakin bertambah!


Teruskan bersama Jalan Pulang untuk mengikuti perkembangan terkini dari masa ke semasa.


Ikuti Jalan Pulang di Twitter dengan menaip @chean_nasution juga untuk maklumat terkini.

JALAN PULANG


Ibunegara hari ini menjadi tumpuan menjelang perhimpunan BERSIH 3.0 yang dirancang berlangsung mulai jam 2 petang ini. Berikutan adalah laporan langsung mengenai perkembangannya mulai pagi ini.


10.51am Tiga jam sebelum perhimpunan Bersih 2.0 pada jam 2 petang, dianggarkan 15,000 peserta sudah berada di lokasi berlainan di sekitar pusat bandaraya Kuala Lumpur.


KLCC - 5,000

Jalan Sultan - 4,000
Masjid Jamek - 2,000
Masjid Negara - 1,000
Berhampiran Dataran Merdeka - 3,000

10.40am: KLCC - Kumpulan Himpunan Hijau 3.0 mula bergerak.


Pengerusinya, Wong Tack dan ahli jawatankuasanya mengetuai kira-kira 5,000 orang berarak di sepanjang Jalan Ampang menuju ke Suruhanjaya Tinggi Australia.


10:40am: Masjid Negara - Datuk S Ambiga dilihat  berjalan ke arah stesen lama keretapi lama sekarang.


10.34am Setakat ini, tidak kelihatan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di pusat bandar. Juga tidak kelihatan trak meriam air setakat ini.


10.31am Tweet dari PDRM - 8 objek disyaki bahan letupan dikesan di luar Menara Dayabumi.


Sementara itu, polis KL mengumumkan di Facebook bahawa mereka telah menutup 58 jalan di bandaraya KL bermula dari jam 6 pagi sehingga notis selanjutnya.


10.20am: Masjid Negara - Kira-kira 100 orang mendengar ucapan di halaman masjid tersebut.


10.19am Brickfields - Peserta mula mengedarkan belon dalam bentuk permainan popular komputer - Angry Birds.


10.16am Dataran Merdeka - Benteng polis berhampiran ibu pejabat Majlis Peguam menjadi tumpuan pelancongan untuk bergambar di situ.


10.15am Bangsar  - Pengerusi Bersama BERSIH Datuk A Samad Said baru menaiki LRT yang penuh sesak di stesen Bangsar. Orang ramai bertepuk ketika beliau masuk ke dalam koc.


10.05am Brickfields - Kira-kira 50 peserta memaki baju-T BERSIH berhimpun di luar luar Old Town Coffee Shop di Jalan Thambypillai.


Menurut sesetengah peserta, mereka sama ada bermalam di hotel berdekatan atau ikut orang ramai apabila tiba di KL Sentral.


"Saya tidak tahu bagaimana nak ke di Brickfields. Saya hanya ikut yang lain apabila saya keluar dari stesen kereta api." kata Kelly Tui.


10:03am JLN TUN PERAK Suasana makin meriah dengan sorakan, persembahan silap mata.


9.57am Central Market - Sekumpulan kecil sibuk meneliti salinan perintah mahkamah yang ditampal di tiang lampu. Perintah mahkamah itu melarang ahli jawatankuasa pemandu BERSIH memasuki Dataran Merdeka.


9.40am Dataran Merdeka - Simpang Jalan Tun Perak-Jalan Tunku Abdul Rahman merupakan titik perhimpunan utama dengan orang ramai mencecah kira-kira 3,000 orang yang menyanyi dan melaungkan slogan.


Kelihatan ratusan anggota polis tetapi tiada kelihatan anggota FRU.


9.42am - Pasar Seni: 60 anggota polis telah membentuk barisan di Leboh Pudu, bagi mencegah kenderaan masuk ke Medan Pasar dan Jalan Lebuh Pasar. Walau Bagaimanapun, peserta berjalan kaki dibenarkan lalu.


9.37am KLCC - Anggota jawatankuasa anti-cyanide Bukit Koman dari Raub, Pahang membawa kain rentang dan poster untuk menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap syarikat perlombongan emas Australia yang menggunakan cyanide untuk mengekstrak emas.


Jumlah orang ramai di KLCC meningkat kepada 1,000 dan emosi mereka tinggi dan semakin tinggi.


9.36am Jalan Sultan - Sekumpulan kira-kira 50 anggota polis membentuk benteng manusia di Jalan Sultan dan Jalan Hang Jebat untuk menghalang orang ramai daripada menuju ke Yan Keng Benevolent Dramatic Association di mana penggambaran video muzik untuk lagu tema 'Protect Jalan Sultan' akan diadakan pada jam 10 pagi, oleh pengarah filem Pete Teo.


9.35am: Masjid Negara - Jalan menuju ke Jalan Sultan Hishamuddin dari Jalan Travers ditutup.


Terdapat kira-kira 500 peserta berhimpun di sini bersama dengan Unit Amal PAS yang berpakaian merah hati. Lebih ramai datang dari arah stesen KTM untuk menyertai mereka.


Kira-kira 50 anggota polis dan sebuah trak polis dilihat berada di situ.


9:36am JLN TUN PERAK Peserta dihiburkan dengan nyanyian lelaki Cina. Seorang OKU India berucap kepada peserta


9.35am JLN SULTAN/JLN HANG JEBAT Polis buat perisai manusia halang orang ramai ke Yang Keng Benevolent Dramatic Association.


9.32am: kemaskini pengangkutan awam - Tweets dari RapidKL, perkhidmatan seperti biasa, semua jalan menuju ke bandaraya KL ditutup.


"Bas akan menurunkan penumpang di stesen LRT berdekatan dengan bandaraya KL. Tiada bas masuk ke dalam bandaraya KL."


9:30am Jalan Sultan - Di pasar mini KK, Dr Wong Fort Ping, 57, mula menyanyikan lagu Negaraku, dan kemudiannya diikuti ratusan peserta.


Wong kemudian memberitahu orang ramai bahawa beliau turut menyertai perhimpunan BERSIH pertama dan kedua dan memetik kata-kata bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy.


9.36am: Jalan Tun Perak - Seorang lelaki, yang bersama Saw, menyanyi di hadapan orang ramai, dan mendapat tepukan gemuruh.


Terdapat kira-kira 500 peserta di persimpangan Jalan Tunku Abdul Rahman-Jalan Tun Perak Jalan Raja-Jalan Parlimen.


Seorang lelaki kurang upaya kelihatan memberikan ucapan kepada sekumpulan lagi peserta yang duduk berhampiran di persimpangan tersebut. 


9.25am Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) - Beratus-ratus penyokong BERSIH telah berkumpul di lorong belakang Jalan TAR berhampiran Masjid India, ramai di antara mereka memakai baju-T BERSIH atau baju kuning.


Terdapat sekumpulan orang muda yang mendiri sebuah gerai di sini untuk menjual baju-T BERSIH dan 'Free Education'.


Polis menutup Jalan TAR dan Jalan Parlimen. Manakala kira-kira 100 anggota polis membentuk benteng manusia do Jalan TAR, di hadapan Sogo, peserta dapat mengelak benteng polis dengan menggunakan lorong belakang untuk pergi ke Masjid India dan Jalan Tun Perak.


Orang ramai melepak, duduk di hadapan kedai dan berbual sementara menunggu perhimpunan duduk bantah bermula.


9.21am Jalan Tun Perak - Kira-kira 1,000 orang berkumpul di sepanjang jalan tersebut yang ditutup kepada kenderaan.


Ramai yang duduk di sepanjang laluan kaki lima dan berdiri di tengah-tengah jalan.


9.20am Masjid Jamek LRT - Sekumpulan peserta BERSIH yang berpakaian kuning, berkumpul di luar stesen LRT, ada yang duduk di tepi jalan.


Jalan menuju ke Jalan Tun Perak dan Bangkok Bank ditutup kepada semua kenderaan. Terdapat kira-kira 50 anggota polis di kawasan itu. Kelihatan tiga trak polis dan sebuah van.



Jalan Pulang


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.