Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyelar kenyataan Y.A.B. Datuk Seri Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia, yang memaklumkan sudah mempunyai tarikh untuk pilihanraya umum ke 13 tetapi tidak bersedia untuk mendedahkan kepada umum lagiDatuk Seri Najib sedang melakukan kezaliman kepada parti-parti pembangkang kerana hanya pihak Umno dan Barisan Nasional sahajalah yang mendapat manfaat daripada perkara ini. Datuk Seri Najib hanya akan berani membubarkan parlimen setelah petunjuk sokongan telah ‘solid’ untuk Umno dan Barisan Nasional.
Jabatan
Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia menyifatkan Datuk Seri Najib
seperti orang yang nampak gagah perkasa seperti Badang tetapi sebenarnya
seorang yang penakut dan bacul kerana masih lagi terus berahsia dengan
tarikh untuk membubarkan parlimen.
Datuk Seri Najib meneruskan legasi
ketakutan Perdana Menteri sebelum beliau untuk mengumumkan tarikh
pembubaran parlimen kerana mereka semua tidak mempunyai keyakinan diri
sendiri terhadap kekuatan jentera dan sokongan rakyat kepada mereka.
Negara-negara
yang ditakrifkan sebagai Negara yang tidak maju dan tertinggal di
belakang Malaysia sebagai negara maju seperti Thailand dan Indonesia
juga lebih berani untuk mengumumkan tarikh pilihanraya umum mereka
kepada rakyat supaya segala proses pengundian akan berjalan lebih
lancar.
Bahkan di Indonesia, Komisi Pemilihan Umum Republik Indonesia
(seperti SPR) telah diberikan kuasa penuh untuk mengendalikan proses
pilihanraya secara bebas tanpa campurtangan pihak kerajaan hingga te
tahap pemilihan tarikh pengundian. Tetapi Malaysia yang dikatakan
sebagai sebuah negara maju masih lagi memiliki seorang Perdana Menteri
yang berfikiran kuno, sempit dan ketinggalan zaman.
Selain
itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia telah mengumpulkan
Dewan Pemuda PAS Kawasan-kawasan yang ditandingi oleh PAS untuk
pilihanraya umum ke 13 nanti di dalam satu program yang di beri nama
“Pecutan Akhir Pemuda PRU 13”di Shah Alam pada 17 Mac 2012 lalu.
Objektif pertemuan tersebut adalah untuk memotivasikan petugas-petugas
pemuda kawasan bagi merealisasikan hasrat PAS Pusat untuk menguasai
Putrajaya bersama-sama rakan-rakan daripada Pakatan Rakyat.
Program
sehari suntuk tersebut telah dihadiri oleh perwakilan daripada semua
kawasan-kawasan yang akan ditandingi oleh PAS samada daripada
Semenanjung Malaysia mahupun dari Sabah dan Serawak.
Pengisian program
tersebut telah diisi oleh Al Fadhil Sdr. Wan Nik Wan Yusof (Setiausaha
Politik Y.A.B. Menteri Besar Kelantan merangkap Pengarah Pilihanraya PAS
Kelantan), Sdr. Dr. Zuhdi Marzuki (Pengarah Pusat Penyelidikan PAS
Pusat), Pak Shakur (Setiausaha Jabatan Pilihanraya PAS Pusat) dan Al
Fadhil Ustaz Nasarudin Hassan At Tantawi selaku Ketua Dewan Pemuda PAS
Pusat Telah menyampaikan taujihat dan seterusnya merasmikan ucapan
penutup program tersebut. Ucapan perasmian pembukaan program telah
dilakukan oleh Y.B. Tuan Dr. Ahmad Yunus Hairi selaku Ahli Majlis
Kerajaan negeri Selangor.
Oleh
itu, Jabatan Pilihanraya Dewan Pemuda PAS Malaysia ingin memberi
‘signal’kepada Umno dan Barisan Nasional walaupun mereka terus berahsia
tentang tarikh pembubaran Dewan Rakyat tetapi Pemuda PAS telah cukup
bersedia untuk menghadapi pilihanraya umum pada bila-bila masa.
MOHD SANY BIN HAMZAN
KETUA PENGARAH
JABATAN PILIHANRAYA DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.