Fuh, memang panas beb wa cakap luuu....
Sedap
mulut jer ahli parlimen Pengerang, Johor, yang juga bekas Menteri Belia
dan Sukan 'merangkak' bekas Ketua Puteri Umno-APCO, Azalina Othman Said
tuduh yang berdemo bantah projek hab minyak dan gas tu semuanya Mat
Indon dan Bangla.
Tapi hari ni dakwaan berupa fitnah Azalina terkahanthhoii jugak...
Malah
yang lagi memalukan, 96 peratus penduduk yang hadir berdemo semuanya
penduduk tempatan beralamatkan Pengerang, Kota Tinggi dan Mersing,
bukannya Ciliwung atau Madura!
Patutlah
Najib Altantuya tak ambik dia balik masuk kabinet sebab bukan setakat
dah tak jadi ketua puteri, tapi bangang sampai ke ulu hati!
Nasib
Azalina sendiri pun khabarnya terumbang-ambing sebab Najib Altantuya
dah sound awal-awal siapa yang tak rasa dirinya 'winnable candidate'
baiklah dipersilakan berundur...
Jadi apa tunggu lagi Azalina?
Nak tunggu Johor tumbang di tangan Pakatan Rakyat baru nak terhegeh-hegeh?
Kah kah kah...
Mimpi Lena Azalina Terganggu
PENGERANG
– Kedudukan Dato’ Seri Azalina Othman Said sebagai Ahli Parlimen
Pengerang, Kota Tinggi dianggap selesa bagi sesetengah orang.
Hal
ini, kerana umum mengetahui kemenangannya di situ kononnya berkubu
‘kebal’ menyebabkan seolah-olah kedudukannya tidak terancam.
Walau bagaimanapun, siapa sangka dalam diam, terdapat masalah di kawasannya itu yang perlu diselesaikan segera.
Terbaru,
kira-kira 100 penduduk yang melibatkan 6 buah kampung di bandar itu
berpiket bagi menuntut pemberian pampasan yang setimpal berikutan
pembangunan yang akan dibina di lokasi berkenaan.
Antara
kampung yang terlibat seperti Kampung Sungai Kapal, Sungai Buntu, Teluk
Empang, Kampung Jawa, Kampung Sebong, Langkah Baik dan Batu Mas.
Dipercayai,
Projek Hub Industri Minyak Dan Gas yang dirancang, telah menjadi
keresahan banyak pihak kerana didakwa kawasan itu turut mempunyai
kesan-kesan sejarahnya.
Malah ada juga yang telah mengusahakan ladang sayur kira-kira 30 tahun dahulu.
”Apakah
kami akan mendapat pampasan yang setimpal dengan apa yang kami perolehi
sekarang setelah memberikan tanah kami untuk projek pembangunan ini?,”
kata seorang penduduk, Lim Eng Guat yang dipetik Sinar Harian.
Semalam
akhbar itu melaporkan sebahagian penduduk menyuarakan bantahan
berhubung isu ini ekoran ketiadaan perjanjian yang menyenaraikan imbuhan
yang bakal diterima jika mereka mempersetujuinya.
Soalnya, adakah beliau masih lagi diulit mimpi-mimpi indah?
Kalaupun
sebelum ini beliau digelar ‘superwomen’ kerana kemampuannya
menyelesaikan isu nelayan tempatan yang pernah ditahan pihak berkuasa
Indonesia kerana didakwa menceroboh perairan negara jiran itu baru-baru
ini.
Mengapa tidak, isu yang dianggap senang ini, diberi perhatian segera.
Atau hanya menanti jawapan sama ada kekal atau tidak sebagai ahli parlimen itu selepas PRU 13 nanti. - JALAN PULANG
'96% penduduk bantah projek penapisan'
Jawatankuasa
Bertindak Penduduk Pengerang hari ini menyangkal dakwaan Ahli Parlimen
BN, Datuk Azalina Othman bahawa hanya 200 penduduk menghadiri
perhimpunan Ahad lepas kerana membantah rancangan Petronas membina
kilang petrokimia bagi projek pembangunan hab industri minyak dan gas
penapis gas di pekan itu.
Jawatankuasa penduduk juga menyangkal dakwaan Azalina mereka yang menyertai bantahan itu semuanya orang asing.
Tapak terbabit terletak dalam kawasan pilihan raya Azalina.
Menurut
pengerusi jawatankuasa tersebut Kasran Abdullah, kajian mereka yang
dijalankan November lepas di tujuh kampung terbabit, menunjukkan 96
peratus penduduk membantah projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia dan
Penapisan Petronas (Rapid).
Katanya,
jawatankuasa itu telah mengumpul lebih 1,600 tandatangan responden yang
menentang projek itu dan senarai tersebut akan diserahkan kepada
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam bentuk memorandum.
Mereka yang menandatangani bantahan tersebut terdiri daripada kira-kira 1,000 orang Cina dan 600 orang Melayu.
"Tandatangan
itu dikumpul hanya daripada ketua keluarga, bukan dari semua penduduk
kampung dan ia tidak termasuk anak-anak mereka," kata Kasran, yang juga
seorang ahli Umno, ketika dihubungi Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.