Mengikut kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Yusof, yang berharap negeri-negeri yang diperintah
Pakatan Rakyat (PR) akan turut mengadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri
(DUN) mereka serentak dengan pilihan raya umum ke-13... sebagai langkah menjimatkan kos dan tenaga kerja.
Menurut beliau "Saya
harap elok ia dibuat serentak supaya SPR tidak buat kerja ulang-ulang
kerana ia akan memakan kos yang tinggi dan masa yang banyak," katanya
dalam temubual "Program Inovasi Perkhidmatan Awam" di stesen radio KL.fm
di Angkasapuri hari ini.
Ini berikutan kata-kata dari Ketua Pembangkang Datuk
Seri Anwar Ibrahim yang dilaporkan bahawa pemimpin PR masih gagal
mencapai kata sepakat sama ada akan mengadakan pilihan raya DUN Pulau
Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan serentak dengan Kerajaan Persekutuan.
Kalau lah itu dirasakan menjadi beban kepada beliau... adalah
dinasihatkan supaya beliau agar meletakkan Jawatan sahaja sebagai
Pengerusi SPR yang memerlukan seseorang yang bertugas mengikut garis
panduan sebagai Pengerusi SPR dan bukan nya sebagai pihak yang mengkaji
wajar atau tidak sesuatu Pilhanraya yang hendak di adakan.
Sudah la Penambahbaikan yang dicadangkan PSC disanggah yang mana
sepatutnya diterima tanpa banyak soal... ini kerana beliau mewakili
pengendali iaitu SPR dan bukan mewakili sesebuah Parti... namun nada
beliau selalunya umpama mewakili sesuatu pertubuhan yang sedang menurun
kedudukan nya.
Sepatutnya banyak lagi benda lain yang sepatutnya dilakukan oleh SPR
umpamanya bagaimana menambah baik Sisitem Pilihan Raya Negara ini
seperti yang dicadangkan PSC... atau bagaimana cara menambah bilang
pengundi kerana ramai yang belum berdaftar walaupun layak... dan bukan
nya bercakap soal perbelanjaan dan kesulitan jika Pilihanraya berasingan
dibuat.
hemmmmm.....
tapi yang pelik bila pengerusi spr bersara... nada nya mula berubah
kepada semacam rakyat yang mahukan demokrasi sebenar yang berlawanan
semasa mereka menjadi pengerusi spr... kah kah kah... umno perkasam
jati... betul-betul meloyakan heeeee..... a b u.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.