Malam
ini pihak Pas Serdang mengatur Ceramah Perdana yang bertemakan
`Selangkah Ke Putrajaya` bertempat di Kompleks Sukan, Seksyen 15 Bandar
Baru Bangi. Pihak penganjur berjaya mendapat kesanggupan dua tokoh
penting untuk berceramah pada malam tersebut.
Mereka ialah Y.B. Dato`
Tuan Teng Chang Kim Dato` Speaker Dewan Negeri
Selangor dan Y.B Dato` Seri Nizar bin Jamaluddin Ahli Parlimen Bukit
Gantang dan Bekas Menteri Besar Perak. Turut sama berceramah ialah Y.B.
Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang dan Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar Ahli
Dewan Negeri Bangi. Mereka berdua adalah selaku Tuan Rumah.
Kesanggupan
kedua Tokoh jemputan Kehormat dapatlah disifatkan sebagai pertolongan
yang diberi bagi Kawasan Serdang dan Dun Bangi di dalam menghadapi
pilihanraya.
Meskipun Ceramah Perdana dapat menarik dua tokoh penting
berkenaan adalah dirasakan publisiti tidak diberi perhatian secara
sungguh, sehingga kehadiran pada peringkat permulaan agak mengeciwakan,
Cuma pada pertengahan ceramah dijalankan barulah hadirin mulai kelihatan
ramai, namun jumlah mereka tidak mencapai seribu orang.
Mereka
keempat-empat pencermah sanggup datang berkerja ke Bangi – kedua-dua
ahli Parlimen baru sudah bersidang jam 8.00 malam – keluar awal sedikit
dan Dato` Speaker dan Adun Bangi juga masih keletihan sehari bersidang
dan semua mereka sanggup datang.
Memulai
ceramah Ustaz Shafie Ngah selaku YDP Pas Serdang mengucapkan terima
kasih kepada penceramah-penceramah yang sudah menerima jemputan dan
hadirin yang datang mendengar cermah.
Menurutnya penceramah-penceramah
yang mempunyai maklumat di dalam bidang masing-masing dapat membantu
para hadirin memahami situasi poltik semasa yang mencerahkan langkah di
jalan ke Putra Jaya.
Y.B. Dr. Shafie Abu Bakar Adun Bangi yang dijemput
memulai ceramah menyebut bagi mengukuh azam dan memudahkan perjalanan ke
Putrajaya perlu pastikan persiapan mantap pada tiga peringkat, iaitu
mengukuhkan parti yang ahli bekerja menarik sokongan pengundi, kedua
khidmat masyarakat dari Adun hendaklah cemerlang sehingga semua pengundi
di kawasan memberi sokongan dan ketiga pimpinan peringkat negeri dan
pusat matang di dalam mengatur strategi, polisi dan tawaran melalui
manifesto terhadap rakyat.
Y.B.
Saudari Teo Nie Ching Ahli Parlimen Serdang bercakap tentang GST yang
akan dilaksanakan yang akan melibatkan kenaikan semua harga barang.
Kenaikan ini mungkin tidak dilakukan sebelum pilihanraya, tetapi akan
dilaksanakan selepas pilihanraya. Sebab itu jangan sokong BN, jika tidak
mau Barang Naik (BN).
Beliau juga bercakap tentang pembaziran dan
penggunaan harta rakyat bagi upacara seperti pertunangan anak Perdana
Menteri dan berbagai pembaziran yang lain.
Y.B.
Dato` Seri Nizar Jamaluddin bercakap tentang
penyelewengan-penyelewengan yang berlaku seperti Cowgate yang melibatkan
dana RM450 juta yang katanya, menurut Daim Zainuddin Mantan Menteri
Kewangan yang lalu, ``Jika isu Cowgate tidak ditangani dengan bijaksana,
ianya akan menelan BN dan hilang kekuasaan.
Beliau juga mengimbau
tentang perampasan haram Kerajaan Negeri Perak dari Kerajaan Pakatan.
Beliau berkeyakinan insya Allah rakyat akan mengembalikan kekuasaan
kepada Pakatan. Mereka tidak yakin dengan BN yang membazir, rasuah dan
penyelewengan.
Y.B.
Dato` Teng Chang Khim bercakap berkenaan pemerintahan yang bersifat
adil, telus dan demokratik. Kerajaan Pakatan membawa kelainan dari segi
pemerintahan berbanding kerajaan di bawah BN sebelumnya.
Kerajaan negeri
Selangor di bawah pimpinan Tan Sri Dato` Seri Abdul Khalid Ibrahim
berjaya meningkatkan ekonomi negeri Selangor dengan rizab simpanan RM1.9
bilion ringgit. Banyak skim yang ditawarkan kepada rakyat.
Contoh
Merakyatkan Ekonomi Selangor dengan peruntukan RM500 juta, termasuk skim
warga emas, air percuma, bantuan anak masuk universiti, bantuan
kebajikan dan berbagai-bagai. Pentadbiran kerajaan Pakatan jauh lebih
baik dari BN, sebab itu berilah sokongan kepada Pakatan Rakyat bagi
boleh membuka jalan ke Putrajayta.
Sekian.
Dr.Shafieblog
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.