Isnin, 26 Mac 2012
Video : Remaja Upahan Umno Ganggu Majlis Pakatan Rakyat Berjaya Ditahan
KUALA
SELANGOR 26 MAC : Tindakan ganas dan cuba menimbulkan kekecohan ketika
sambutan Karnival “Terima Kasih Rakyat” semalam didakwa didalangi
Umno-BN.
Bertempat
di Stadium Kuala Selangor, kekecohon tersebut tercetus apabila
kumpulan terbabit secara tiba-tiba membuat bising dan membaling batu ke
arah para hadirin sambil membawa sepanduk yang tertulis ‘Anwar Yahudi’
dan ‘Anwar sokong Israel’ ketika ucapan Ketua Parlimen DAP, Lim Kit
Siang.
Kumpulan
yang terdiri daripada enam orang itu juga bertindak menyerang kereta
Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang baru sahaja beredar
untuk ke program lain selepas memberi ceramah di majlis itu.Karnival
itu diadakan sempena ulangtahun ke empat pentadbiran Pakatan Rakyat di
Selangor.
Keadaan itu menyebabkan orang ramai bertindak mengejar kumpulan terbabit yang menaiki tiga buah motorsikal.
Bagaimanapun,
salah seorang daripada ahli kumpulan itu berjaya ditahan orang ramai
menyebabkan anggota Unit Amal PAS yang mengawal ceramah tersebut,
terpaksa bertungkus berusaha menghalang remaja itu dari dipukul
manakala lima remaja lain berjaya melarikan diri.
Keadaan
itu bagaimanapun kembali tenang sepenuhnya selepas remaja itu ditahan
oleh polis.Sementara itu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
menyelar tindakan kumpulan terbabit.
Katanya, seperti biasa Umno-BN akan menghantar samseng upahan untuk menganggu setiap majlis Pakatan Rakyat.TVS
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.