Tokoh wartawan ini telah dilahirkan pada 14 Oktober 1925 di Tanjung
Malim, Perak. Beliau mendapat pendidikan di Malay College Kuala Kangsar (MCKK), Perak pada tahun 1939, namun terpaksa meninggalkan alam persekolahan akibat Perang Dunia Kedua.
Tan Sri Haji Mazlan memulakan kerjaya sebagai pembantu di Kedai Buku Yahaya Ariff & Sons di Kuala Kangsar. Dari sini minat beliau dalam bidang kewartawanan mulai tumbuh, lalu beliau menulis surat kepada Utusan Melayu di Singapura.
Beliau diterima bekerja sebagai penterjemah di Utusan Melayu pada Jun 1950. Pada ketika itu, Ketua Pengarang Utusan Melayu adalah Tan Sri A. Samad Ismail, orang yang bertanggungjawab membuka selok-belok menulis berita dengan betul.
Tidak lama selepas beliau bekerja, berlaku peristiwa Natrah, wanita keturunan Belanda yang dibela oleh keluarga Islam dan dituntut semula oleh keluarga kandungnya.
Beliau telah diberi tanggungjawab untuk mewawancara Natrah yang pada ketika itu telah dibawa ke gereja dan dikatakan kembali kepada Kristian. Berita ini telah menjadi berita utama muka depan Utusan Melayu.
Selain bekerja di Utusan Melayu, Tan Sri Haji Mazlan memanfaatkan kemahiran dwibahasanya - Bahasa Melayu dan Inggeris dengan menjadi pemberita sambilan, iaitu menulis semula berita ke dalam Bahasa Inggeris untuk Singapore Free Press (kemudian dikenali sebagai Malay Mail).
Namun begitu, Tan Sri Haji Mazlan hanya sempat bekerja selama empat bulan sahaja di Utusan Melayu kerana mendapat tawaran sebagai wartawan penyiaran di Voice of American di New York.
Pada tahun 1953, beliau kembali ke tanah air dan menyertai semula Utusan Melayu sebelum bekerja pula dengan Berita Harian sebagai editor lima tahun kemudian. Kandungan Berita Harian yang pada ketika itu hanyalah terjemahan dari New Straits Times mula berubah. Beliau yang menjadi penterjemah dan pemberita sekali lagi berguru dengan Tan Sri A. Samad Ismail.
Pada Februari 1973 hingga 1982, beliau menyertai kembali Utusan Melayu sebagai Ketua Editor dan seterusnya dilantik sebagai Pengarah Urusan pada tahun 1983 hingga 1987. Beliau menjadi ‘Editorial Consultant’ di New Straits Times Press (M) Bhd. pada tahun 2000 hingga September 2001.
Beliau juga menulis dalam ruangan tetap di beberapa buah akhbar seperti Mingguan Malaysia, The Sun, New Straits Times dan majalah Asiaweek dan pernah menjadi Penulis Tamu, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Selain daripada itu, beliau juga terlibat aktif dalam pelbagai pertubuhan dan kelab. Antaranya beliau pernah menjadi Pengerusi Malaysian Press Institute (1989-2003), Ahli Lembaga World Enterprise Institute (2000), Pengerusi Press Foundation of Asia (1999), Pengerusi Afro-Asian People’s Solidarity Organisation Malaysia dan sebagainya.
Bagi mengenang jasa dan sumbangan beliau, pelbagai anugerah dan pingat telah dikurniakan sama ada oleh Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, antaranya pingat Ahli Mangku Negara (1966), Johan Setia Mahkota (1975), Johan Mangku Negara (1980), Setia Diraja Kedah (1982), Setia Mahkota Pahang (1982), Dato’ Paduka Mahkota Perak yang membawa gelaran Dato’ (1993) dan Panglima Setia Mahkota (2005). Selain daripada itu, Tan Sri Haji Mazlan turut dianugerahkan ASEAN Award (1987), Anugerah Wartawan Cemerlang Negara oleh Persatuan Wartawan Melayu Malaysia (1996), Tokoh Wartawan Negara oleh Malaysian Press Institute (2001) dan Ijazah Kehormat Doktor Falsafah oleh Universiti Kebangsaan Malaysia (2005).
Posted By: ZAR ALI - 6.55 pagi.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.