SHAH ALAM : Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Antarabangsa,
Mohamed Azmin Ali hari ini mendedahkan kes kerakusan Umno-BN sebelum
tahun 2008 dalam penjualan tanah rizab melayu di Sungai Sering.
Azmin
dalam perbahasannya berkata sebanyak 76 ekar tanah dikawasan Parlimen
Gombak dirampas oleh Umno-BN dan diserahkan serta dipindah milik ke
salah satu syarikat, Triumph City Development Sdn Bhd tanpa sebarang
gantian di kawasan lain.
Katanya, syarikat itu gagal membangunkan
tanah berkenaan malah turut berdegil menjelaskan bayaran premium tanah
biarpun status tanah itu telah ditukar.
Bagaimanapun setelah
Pakatan Rakyat (PR) mengambil alih pentadbiran Kerajaan Negeri, Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah mengambil keputusan untuk
merampas kembali kesemua tanah itu dan mengembalikannya sebagai status
tanah rizab melayu selepas meneliti kes itu.
"Ini membuktikan
bahawa Umno-BN apabila diberi kuasa telah mengkhianati dan mencabuli
kepentingan orang melayu di negeri Selangor,"katanya.
Pendedahan
itu juga turut disokong oleh Adun Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang
turut mendedahkan permohonan Umno bahagian Puchong kepada Kerajaan
Negeri untuk menjual tanah rizab melayu kepada syarikat bukan melayu.
Bagaimanapun permohonan pada tahun 2010 itu ditolak oleh Menteri Besar,Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Jelas
Azmin, perkara itu penting untuk didedahkan berserta fakta di DUN
supaya rakyat tidak keliru kerana pihak Umno-BN hanya mendabik dada dan
mendakwa mereka adalah pejuang melayu.
"Semua itu hanya
sandiwara, apabila diberikan kuasa merekalah yang merampas hak orang
melayu. Saya memohon Kerajaan Negeri memaklumkan terus kepada Sultan
Selangor mengenai perkara ini," katanya.
Tambahnya lagi, Umno-BN
juga dalam menguruskan hal tanah rizab melayu seringkali dengan menukar
tanah rizab dikawasan bandar dengan tanah dikawasan luar bandar yang
bernilai jauh lebih rendah daripada harga tanah rizab yang asal.
"Hal
ini menyebabkan tanah rizab melayu di Negeri Selangor susut nilai dan
memberi impak kepada nilai aset orang Melayu. Inilah amalan khianat Umno
kepada orang Melayu di Negeri Selangor ketika mentadbir negeri ini.
Tambahnya, PR berikrar akan terus menjaga hal dan kepentingan orang melayu tanpa mengorbankan kepentingan kaum lain.
"Kerajaan Pakatan Rakyat terbukti tidak menyalahgunakan mandat yang telah diberikan oleh rakyat.
"Oleh
itu, adalah diharapkan agar Kerajaan Negeri dapat merangka satu Pelan
Strategik Pengurusan Tanah Rizab Melayu supaya dapat dibangunkan
secara tersusun dan dipelihara supaya terus mengekalkan status tanah demi kepentingan generasi masa depan,"katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.