Followers

Wednesday, February 29, 2012

Muka penipu?: ... tapi apa nak dihairankan, MP Umno la katakan !!

 
NONE
Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini mendapati Ahli Parlimen Sabak Bernam,  Datuk Abdul Rahman Bakri,(gambar)  bersalah atas lapan tuduhan membuat tuntutan palsu berjumlah RM80,000.

Hakim Azhaniz Teh Azman Teh membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan terhadap kepada kes pendakwa.

Abdul Rahman, 47, didakwa dengan lapan tuntutan palsu dengan nilai RM10,000 setiap satu yang berjumlah RM80,000, daripada peruntukan kawasannya berhubung majlis yang tidak pernah dijalankan.

Dia dituduh membuat tuntutan itu di antara 21 Januari dan 4 Februari 2008 ketika menjadi ADUN Sungai Ayer Tawar - Malaysiakini


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.