Followers

Wednesday, February 29, 2012

Menyanggah "Fatwa" Bohong Ahli Parlimen Kota Belud Yang Pembelit!

 
Ahli parlimen Kota Belud, Abdul Rahman Dahalan hari ini dengan sengaja menunjukkan kebodohan tahap tertingginya selepas wacana "Mengapa Undi Melayu Pecah" petang tadi, petanda kerusi parlimen yang disandangnya selama sepenggal bakal berakhir tidak lama lagi.

Kemenangannya pada pilihanraya umum lalu pun tidaklah memberangsangkan, hanya menang dengan majoriti TIGA RIBU undi yang melayakkan parlimen Barisan Najis ini berada dalam kedudukan sangat bahaya!


Mengapa?


1) Media arus perdana dikuasai Umno-APCO sedangkan media internet dan berita alternatif tiada siapa yang mengawalnya. Hanya menggunakan akal waras dan pertimbangan sendiri untuk menerima berita yang disampaikan.


2) Mengapa Rahman cemburu Malaysiakini lebih diakses berbanding dengan The Star Online sedangkan Pakatan Rakyat tiada stesen TV seperti RTM dan TV3 untuk menangkis penipuan dan propaganda Umno-APCO yang ternyata tidak pernah benar!


3) Rahman mesti bertanya kepada Najib Altantuya mengapa sehingga kini Pakatan Rakyat langsung tidak dibenarkan muncul di TV milik rakyat yang sepenuhnya 100 peratus dibiayai oleh wang rakyat, bukan wang Umno-APCO atau wang Vinsetan Syatian Nirrojim!


4) Mengapa Rahman tidak mengakui liputan internet tidak 100 peratus boleh dinikmati seluruh rakyat Malaysia sedangkan media pencacai Umno-APCO tiada masalah liputan, hanya telefon pembekal Astro dan nah bukan setakat RTM dan TV3 malah lebih 120 saluran entah apa-apa yang boleh menghancurkan tamadun Malaysia!


5) Apakah Rahman terlalu bodoh bertanya mengapa rakyat lebih percayakan media internet yang lebih terbuka berbanding media pencacai sedangkan jauh di sudut hatinya sendiri mengakui kebenaran akan mengatasi kebatilan dan penipuan yang diulang-ulang!


6) Apakah Rahman terlalu bodoh mengakui bahawa selepas tsunami 2008, media pencacai Umno-APCO juga berlumba-lumba menyertai dan menubuhkan unit media baru (internet) sedangkan pada masa yang sama menempelak Pakatan Rakyat "meracuni" pemikiran rakyat sebelum pilihanraya umum ke 12 itu!


7) Sebelum menuduh Pakatan Rakyat tidak memberikan liputan berita yang adil kepada Umno-APCO, ada baiknya soalan bodoh itu ditujukan kepada Najib Altantuya, kalau pengecut cuba tanya kepada Rais Yatim mengapa langsung tiada slot diberikan cuma LIMA MINIT seperti yang diminta Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim menjelaskan isu Israel tidak lama dulu!


8) Rahman perlu masuk tadika semula mengapa rakyat semakin percaya dan yakin Umno-APCO akan mampu ditumbangkan juga tak kira berapa lama sekalipun berpaut dengan kuasa yang masih bersisa dengan mengeksploitasi media internet dengan mengupah cyberuk (beruk cyber) seperti Papagomo dan Parpukari yang terkenal dengan pembohongan setiap masa setiap ketika! Siapa yang membayar khidmat jahat kalau bukan Umno-APCO sendiri dan takkan Rahman langsung tak tahu!


Cukuplah lapan fakta dikemukakan di atas kerana jika lebih banyak fakta ditulis di sini, semakin menyerlahkan kebodohan seorang ahli parlimen yang cuma tahu hadir ke parlimen tapi menghentam Pakatan Rakyat dengan kebodohannya sendiri!

JALAN PULANG


MP: Pembangkang dapat liputan lebih luas di Internet

Kenyataan pembangkang bahawa mereka tidak bersaing secara sama rata merupakan dakwaan tidak adil kerana kumpulan itu mempunyai akses kepada media dalam talian yang mempunyai pembaca lebih besar daripada beberapa media arus perdana.


Memberi contoh, anggota parlimen Kota Belud berkata, sekarang ini lebih ramai orang membaca Malaysiakini berbanding Utusan Malaysia dan lebih banyak membaca The Malaysian Insider daripada The Star.


Menurut statistik terkini Malaysian Digital Association, kedudukan portal berita tempatan didahului Star Online, diikuti Malaysiakini, Utusan Online, Berita Harian, Kosmo, Harian Metro, The Malaysian Insider dan Sin Chew Daily.


Tiada statistik membandingkan antara akhbar dan portal berita.


Menurut Google Trends, Malaysiakini mendepani dalam kumpulannya.


Abdul Rahman berkata, media dalam talian berkembang pesat selepas pilihan raya umum 2008 dan kini turut menyertai media arus perdana.


Bercakap dalam debat membincangkan isu kebebasan dan sifat tanggungjawab di Kuala Lumpur hari ini, Abdul Rahman berkata, dalam skla kecil, Pakatan Rakyat mengawal TV Selangor dan tidak juga memberikan separuh liputannya terhadap BN.


Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.