KUANTAN, 29 Feb:
PAS Pahang mengalu-alukan kenyataan Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul
Rahman Osman (kiri) hari ini bahawa tanggungjawab untuk mengundi pada
pilihan raya umum (PRU) adalah wajib demi memilih sebuah kerajaan
membela kesucian agama dan keamanan.
Ketua
Penerangannya, Ustaz Suhaimi Saad (kanan) berkata, lanjutan daripada
itu wajib juga memilih calon dan kumpulan yang memperjuangkan dan
menegakkan Islam kerana barulah menepati kehendak kefarduan mengundi itu
sendiri.
“PAS alu-alukan kenyataan Mufti Pahang itu bahkan itulah yang PAS perjelaskan selama ini.
“Cuma
wajib juga bagi individu muslim supaya memilih calon yang tidak rasuah,
tidak mengkhianati hak rakyat, tidak pecah amanah serta amar makruf nai
mungkar kerana itulah ciri-ciri Islam,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mufti Pahang hari
ini bahawa warga negara yang layak mengundi adalah wajib berbuat
demikian.
Seperti
yang disebut melalui agensi berita Bernama, mufti itu berkata mereka
yang layak mengundi wajib berbuat demikian dalam membentuk sebuah
kerajaan yang dapat membela kesucian agama dan keamanan.
Tambahnya,
pada zaman Rasulullah SAW dahulu ketika baginda wafat, waktu untuk
pengebumian terpaksa ditangguh sebentar sebelum dikebumikan bagi
melantik seseorang yang boleh memikul tanggungjawab sebagai khalifah.
"Daripada
situ kita sudah dapat melihat betapa penting pelantikan khalifah itu
kepada masyarakat untuk melaksanakan agenda seterusnya ke jalan yang
benar," katanya kepada pemberita.
Beliau
berkata mengundi adalah satu fardu kifayah, bagaimanapun sekiranya
ramai tidak melaksanakannya sehingga boleh menjejaskan pembentukan
sesebuah kerajaan, maka tanggungjawab itu akan menjadi fardu ain.
Suhaimi
berkata, dalam konteks sebuah negara yang majoritinya umat Islam sudah
tentu kumpulan yang memperjuangkan Islam wajib diundi manakala
pemimpinnya diangkat menjadi pemimpin negara.
“Jika
dalam sebuah negara Islam bagaimana mahu dipilih pemimpin yang belum
beramal sepenuhnya dengan hukum Islam seperi membiarkan isteri tidak
menutup aurat, berkata bohong atau mengamalkan rasuah.
“Jadi
jika dikaitkan pentingnya memilih pemimpin yang boleh memikul
tanggungjawab sebagai khalifah, sudah tentu yang dilantik itu sendiri
mestilah berkeperibadian muslim.
“Itu yang saya katakan mengundi wajib, memilih pemimpin yang memperjuang dan mengamalkan Islam juga wajib,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.