Tindakan
tersebut ternyata amat aneh kerana Yayasan Taqwa adalah sebuah agensi
yang berada di bawah Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan
dananya adalah dari peruntukan MAIWP.
Naib
Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan, Mohd Nasaie Ismail berkata,
disebabkan yayasan tersebut berada di bawah MAIWP, wang tersebut
sepatutnya digunakan untuk kepentingan penduduk di Wilayah Persekutuan.
Beliau
mendakwa, namun Jamil ternyata telah melakukan tindakan aneh apabila
telah membawa dana dari MAIWP ke kawasan Jerai dengan mengadakan
beberapa majlis untuk memberikan bantuan kepada penduduk di kawasan itu.
Katanya,
pada hal bantuan dari MAIWP amat susah untuk diperolehi oleh penduduk
di kawasan Wilayah Persekutuan sendiri, tetapi kini Jamil tergamak
membawa keluar dana yayasan tersebut ke luar kawasan MAIWP khususnya ke
Jerai.
"Berdasarkan
maklumat yang kami perolehi, sehingga sekarang sudah lima majlis
bantuan kepada penduduk di kawasan Jerai yang menggunakan wang dari
Yayasan Taqwa yang diadakan oleh Datuk Seri Jamil Khir.
"Dari
majlis-majlis yang diadakan itu bermakna sudah cukup banyak wang dari
peruntukkan MAIWP yang sepatutnya digunakan di Wilayah Persekutuan
dibawa ke Jerai," dakwanya pada sidang akhbar di Pejabat Agung PAS di
Jalan Raja Laut, di sini, hari ini.
Dana
dari Yayasan Taqwa, menurutnya, diyakini datangnya dari wang zakat dan
peruntukan MAIWP dan tindakan Jamil itu dibimbangi turut membabitkan
penyalahgunaan wang zakat.
"Datuk
Seri Jamil Khir tidak sepatutnya bertindak seperti itu. Beliau
sepatutnya menggunakan wang tersebut dengan betul dengan menyalurkannya
kepada mereka yang lebih berhak menerimanya di Wilayah Persekutuan
sendiri," tegasnya.
Sebelum
ini, Jamil juga turut dikaitkan dengan penyalahgunaan wang zakat dengan
menggunakannya bagi kepentingan peribadinya untuk pembiayaan kes
mahkamah yang melibatkannya.
Dengan
tindakannya yang menggunakan wang yayasan tersebut bagi memberikan
bantuan kepada penduduk Jerai, tindakan-tindakannya kini semakin diragui
banyak pihak.
Lebih
diragui lagi, dakwa Nasie, apabila bantuan-bantuan yang diberikan oleh
beliau kepada penduduk Jerai itu diyakini mempunyai kaitan dengan
kepentingan peribadinya sendiri.
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.