Apa Barang Hassan Ali Merepek Ni?
Tiada lagi azan berkumandang
JASIN - Tidak mustahil tiada lagi azan berkumandang sekiranya rakyat terus memilih dan menyokong parti DAP dan PKR untuk memerintah terutama di Selangor dan negeri yang diperintah PR sebelum ini.
Bekas Exco Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali berkata, sedangkan usahanya mengharamkan arak di premis serbaneka yang pernah dilakukan sebelum ini juga mendapat tentangan dari wakil Exco dalam PR dan tidak sukar jika senario itu berlaku dalam konteks azan.
Menurutnya, lebih buruk apabila yang kedua mendapat halangan dalam kalangan orang Pas sendiri yang menyekat kemaraan untuk menegakkan agama Islam termasuk program mencegah murtad yang turut mendapat penghalang pihak terbabit.
“Saya dipecat kerana hendak mempertahankan aqidah dan syariah yang bersendikan kepada akhlak bukannya disebabkan berkhalwat atau liwat.
“Tidak mustahil azan juga akan diharamkan bila PR terus berkuasa dan Pas menyatakan apa yang hendak dibuat mengenai Islam mesti rujuk dulu kepada parti komponen dalam PR iaitu PKR dan DAP sedangkan ia berhubung kait agama Islam,” katanya ketika berucap pada Majlis Simposium Perdana Menjunjung Daulah Islam, Perpaduan Ummah dan Selamatkan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) di Dewan Alamanda, malam kelmarin.
Hassan yang juga Presiden Jalur Tiga (Jati) berkata, NGO perlu diperkasa dan bergerak seiring dengan merujuk kepada kemahuan serta kehendak aliran yang dibawa oleh kepimpinan tertinggi mana-mana NGO.
“Ia bagi memastikan NGO seperti Jati dapat berfungsi dan menjalankan tugas dengan lebih berkesan.
“Jati yang ditubuhkan bukan hanya untuk kemajuan orang Melayu semata-mata, sebaliknya kepentingan kaum lain juga turut dipelihara berdasarkan ajaran agama Islam,” katanya.
Katanya, Islam Melayu Raja (IMR) yang dibawa oleh Jati antara lain bertujuan menyatukan anak Melayu.
“Jati ditubuhkan bukan untuk terlibat dalam dunia politik, namun ahli dalam NGO terbabit masih lagi dibenarkan berpolitik selagi tidak membawa nama Jati,” katanya.
Difahamkan sehingga kini, lebih 1000 orang mendaftarkan diri sebagai ahli Jati sejak NGO itu diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan.
Hadir sama, Ahli Parlimen Jasin, Datuk Ahmad Hamzah yang mewakili Ketua Menteri, Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Datuk Nika Ujang. -SH
Ulasan GB
Azan tidak berkumandang lagi? Andaian yang sengaja dibuat dari bisikan syaitan untuk rakyat tidak memilih Pakatan Rakyat.
Kamu Hassan Ali dipecat dari PAS bukan kerana faktor yang kamu nyatakan iaitu "hendak mempertahankan aqidah dan syariah yang bersendikan kepada akhlak" tetapi sepertimana pengumuman Presiden PAS, tindakan kamu yang dilihat merosakkan parti dan menyebabkan kemusnahan kepada parti, seperti yang termaktub dalam perlembagaan parti.
Seperti yang GB ulas sebelum ini. Petikan:
Sehari demi sehari, kebenaran terdedah siapa itu Hassan Ali.
Setelah beliau "meludah" muka TG Nik Aziz dengan penafian memohon maaf di Kelantan sebelum ini, kini beliau meludah pula Presiden PAS sendiri.
Beliau lansung tidak layak untuk berada di dalam jemaah PAS.
Itu sebab GB katakan semakin dia dibiarkan, Hassan Ali semakin melampau.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.