Pembocor maklumat yang mendedahkan bukti kononnya ada amalan rasuah
yang membabitkan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Awang Adek Hussin
membuat lebih banyak dakwaan terhadap bekas ahli parlimen Bachok itu.
Dalam blog yang tidak dikenal-pasti itu, beliau yang mengenalkan dirinya sebagai Whistleblower 771, mendakwa bahawa penjelasan Awang Adek yang deposit tunai dalam akaun peribadinya itu hanya sebagai "separuh benar".
Penulis blog itu berkata ini kerana deposit tunai berkenaan dibuat di atas nama beliau dalam kapasitinya sebagai pengerusi jawatankuasa kerja Skim Jejak Jaya Bumiputera (SJJB).
Walaupun Whistleblower 771 tidak membekalkan bukti kali ini, namun katanya, sumber yang boleh dipercayai berkata jawatankuasa SJJB itu adalah juga "jawatankuasa yang menimbangkan semua pemberian kontrak utama kerajaan".
"Sebagai
(pengerusi) jawatankuasa kerja SJJB, beliau mempunyai hak untuk memula
dan membuat 'cadangan' ke atas mana-mana kontrak utama yang akan
dianugerahkan oleh kerajaan," katanya.
Menurut
lamanweb itu lagi, fungsi SJJB termasuk "mengenal pasti syarikat
Bumiputera yang memiliki keupayaan dan membantu supaya syarikat-syarikat
berkenaan layak untuk penyenaraian (awam)."
Antara
syarikat bumiputera yang dibantu oleh SJJB untuk disenaraikan adalah
Psetarian Berhad yang menurut TA Securities banyak menerima kontrak
kerajaan berhubung penglibatan syarikat itu dalam program SJJB.
Dalam posting baru, pembocor maklumat itu juga mengeluarkan satu salinan baucar bayaran daripada Advance Maintenance Precision Management Sdn Bhd (AMPMSB) kepada Awang yang dikatakan bernilai RM80,000. Mkini
http://azmieyusoff.blogspot.com/2012/02/bongkar-awang-adek-terlondeh-lagi.html
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.